02 April 2013

Sudah Sampai Masa Kita, Selamat Tinggal!

Bismillah.

Cakk? Terkejut tak? Haha. Lama betei tak menulis di sini. Kekangan masa menjadi penghalang utama ditambah dengan line broadband yang kadang-kadang seakan memintak penampar. Tapi persoalannya kat sini, macam mana aku nak penampar line tu. Ok, musykil.

Alhamdulillah. Esok, yakni hari Rabu, hari terakhir aku menghabiskan paper aku. Ya, aku makin sampai ke penghujung semester 6. Dan akan jadi satu lagi perpisahan yang mungkin akan buat aku menitiskan air mata. Sedih tahu berpisah. Sapa tak sedih.

Berpisah? Kau nak berpisah dengan sapa? Apa yang kau merepek ni, Jannah?


Semester 6. Semester terakhir bagi akak. Ah, akak yang selama 6 sem ni, pagi petang siang malam dengan aku. Saat roomate dan housemate lain balik rumah hari minggu, akak juga yang ada dengan aku. Ya, aku dan dia masing-masing anak rantau. Sekalipun ada abang dan kakak di Shah Alam, Subang dan Klang, masih tetap tega duduk kat kolej.

*lap air mata* ah, masa ni juga kau nak menitis kan? Sabar, esok masa akak naik kete nak blah dari sini, masa tu kita pakat menangis ramai-ramai. 

Ah, terlalu banyak nak diceritakan kat sini. Mana mungkin aku senaraikan semua. Pengalaman yang takkan ada di mana-mana dan terlalu bernilai untuk aku. Dan mungkin kawan-kawan lain. 

Sometimes, picture tells everything.
*pasang lagu caravansary*

Cuma jika akak baca post ni, cuma nak kabo, akak, kami pangkat adik-adik akak ni, terutama ahli P6-801-B, kami semua sayang akak. Terima kasih banyak-banyak sebab akak sebab akak selalu masak kat kami. Lepas ni, pakat makan luar. Nak masak pon rasa tak semangat. HAHA. nyampah kan statement tu? Dan banyak lagi sebenarnya. Nanti la saya tulis lain. HAHA.

Segala suka duka pahit manis kita bersama, abadikan dalam setiap ingatanmu dan selitkan di setiap doamu akan kejayaan adik-adikmu. Saya sentiasa doakan akak berjaya di dunia dan akhirat.

Ya, we'll gonna miss you sis!

Ya, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan yang mengiringi selepas itu. Sedangkan setiap yang hidup pun pasti akan mati, mana mungkin kita selamanya bersama. Tetapi, walau kita berpisah jasad, hati kita tetap dekat. InsyaALLAH, bila berkawan kerana Allah, semuanya jadi indah. Indah seindahnya. Persahabatan dan persaudaraan yang tiada tolok bandingnya.

Kadangkala perpisahan itu perlu, perlu untuk mengajar kita erti rindu. Ya, i guess i start to miss you sooner. Ah, sakit juga perpisahan ini. But, life must go on. Semoga akak berjaya di luar sana ! Jumpa waktu akak nak grad nanti okay?

Salam sayang, Jannah, Tila, Amni, Ain, Shida. Erm, Dib nak masuk jugak? Bolehlaa. Haha.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog