11 June 2013

Memberi untuk Menerima Lebih Banyak

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Lama sangat tidak menjengah masuk ke dalam rumah usang ini. Amboi, usang sangat tau! Dah berhabuk dah yer. *lap habuk* Maaf, keadaan tidak mengizinkan. Dan aku boleh dikategorikan sangat sibuk. Sibuk dengan urusan keluarga, pelajaran dan lain-lain. Oh ya, aku baru melangkah masuk semester 7. Mungkin semester akhir, doakan aku dan kawan-kawan. InsyaALLAH.

Cuma, kali ini hati aku meronta-ronta nak menulis sesuatu di dalam blog ni. Terbayang-bayang sejak dalam kelas pagi tadi. Kalau aku tak kongsi jugak, nanti aku akan teringat-ingat dan geram sebab aku masih tak mampu nak kongsi apa aku dapat kepada semua. Yang nak baca, teruskan. Yang tak suka, nampak butang pangkah tu? Sila tekan.

Pagi tadi masa dalam kelas Multimedia On The Web, kami bertaaruf. Cuma pagi ni rasa satu kelainan. Berkongsi pendapat. Berkongsi cerita. Berkongsi apa yang kita taktahu kepada seseorang. Pensyarah aku, Puan Siti Zaharah, aku kira telah melakukan sesuatu yang bagi aku sangat bermanfaat. Terisi pagi tu. Penuh dengan pelbagai perkongsian.

Ada sahabat yang menceritakan tentang kisah suka duka hidup semasa cuti semester dua bulan lalu. Aku jugak tidak kurang bercerita pengalaman atau apa-apa yang aku ingin kongsikan. Ada yang gembira, ada juga yang sedih. Ah, tahan air mata. Jangan kau turun lagi.

Cuma, aku tertarik dengan kata-kata Puan. Antara yang banyak diulang-ulang jugak.

'Bila kita banyak memberi, berkongsi ilmu dan mengamalkan apa yang kita ada, maka Allah akan bukakan lebih banyak pintu hikmah yang lain yang kadangkala kita sendiri pun tak sangka. Maka, banyakkan memberi untuk menerima lebih banyak.' - Puan Siti Zaharah, 2013.

Memberi. Bukan semua orang sanggup nak memberi kepunyaan dia kepada orang lain. Nak nak benda kesayangan. Tak payah kata oranglah. Aku sendiri pun kadangkala gagal nak memberi. Ah, tetiba tersentuh dengan kata-kata ni.



Ye, belajarlah untuk redha. Bila lagi banyak kita bagi kat orang, lagi banyak kita kogsi, Allah akan lipatgandakan pemberian kita. Allah akan bukak lebih banyak pintu rezeki dan hikmah. Allah akanj luaskan jalan kita. Percayalah janji Allah. Buat semua kerana Allah. Ikhlas.

Sifat ni yang kita perlu tanamkan dalam diri. Ya, mulai saat ni, mari kita sama-sama tanamkan dalam diri, banyakkan memberi. Jangan mengharapkan balasan atas setiap pemberian.

Belajar redha. Pujuk hati. InsyaAllah. 

Itu saja dulu perkongsian kali ini. Aku nak kembali ke bilik. Banyak urusan. Moga Allah redha. :)



Love, Jannah.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

  1. adakah pemberian yg jannah maksudkan di sini... ialah cinta? Ehem.. Tapi mmg betul. Kena byk memberi tak kira apa pun. Lebih banyak kita beri, lebih banyak kita akan terima.

    ReplyDelete

Oh!Belog