16 June 2013

Selamat Hari Bapa, Heroku.

Bismillah.

16 Jun. Hari ini juga telah dipilih sebagai Hari Bapa, sama macam 16 Mei untuk Hari Guru. Oh ya, sebenarnya, hari-hari ialah hari bapa. Bukan hari ni saja. Cuma hari ni dikhaskan untuk meraikan bapa di luar sana. Gitu.

Ke ada yang keluar fatwa dah Hari Bapa ni haram disambut? -.-

Seperti awak semua tahu, aku dah lama kehilangan ayah. Maka, aku hanya boleh mendoakan beliau. Tapi aku juga masih mempunyai insan lain yang sudi menjadi 'ayah' kepada aku. Terima kasih. Walaupun tak akan sama seratus persen dengan ayah kandung, tapi mereka dah kuanggap seperti ayah.

Abah,
Terima kasih...

Terima kasih kerana suara azanmu menjadi suara pertama yang berlagu di corong telinga kanan tatkala aku mula lahir ke dunia.
Ah, aku belum sempat nak merasa sentuhan kasihmu lagi.
Belum cukup pun umur aku setahun.
Tapi Dia lebih menyayangimu.

Adakala hati kecilku terdetik juga cemburu,
cemburu melihat orang lain bersama hero mereka,
aku belajar untuk redha atas takdir ini,
sekurang-kurangnya dosa antara abah dan aku, TIADA.

Walau kita tidak bersua di dunia ini,
Aku tetap berdoa,
Jodoh kita di sana kelak.
InsyaALLAH.

Kakak kata, sebelum arwah abah meninggal, abah cukup suka lagu ni. Lagu Cincin Emas. 




Kepada semua insan yang bergelar Bapa dan bakal Bapa di luar sana, aku ucapkan selamat hari bapa. Semoga anda menjadi bapa yang terhebat untuk keluarga anda.

Terima kasih juga kepada Ayah (PakCik Lin) yang menjaga aku, abang-abang dan kakak sejak kami kecil.

Terima kasih kepada Cikgu Salleh (PK1 SMKPP 2004-2009) yang menjadi 'ayah' kepada kami.

Terima kasih kepada Ustaz Zainal, warden asrama juga ustaz yang merangkap 'daddy' kepada aku. Terima kasih ustaz.

Terima kasih kepada Mama yang juga menjadi pengganti abah sejak 21 tahun yang lalu. Tak lupa kepada Tok yang banyak berkorban untuk kami adik beradik.



Jadi, untuk bakal Bapa Mertua kena wish tak? Ala ala, mana bakal suami ni? Bila nak kenalkan dengan bakal bapak mertua? HAHA. Kbai.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

  1. apapun alfatihah dan yassin hadiah utk beliau ..aminn

    ReplyDelete
  2. Ada ramai ke ayah angkat cik jannaH NI? Dpt jugakla menumpang kasih wp tak sama.

    ReplyDelete
  3. God bless you dear :)

    apa pun carilah bapa mertua cpt2 :p hehe

    ReplyDelete

Oh!Belog