27 August 2013

Goodbye Maxis, Hello TuneTalk.

Bismillah.

Dah lama jari ni rasa gian nak menari-nari di atas keyboard ni. Dah lama sangat tak menconteng sepatah dua kata di laman blog ini. Alasan sibuk kedengaran terlalu klishe. Mungkin aku boleh guna alasan malas dan takde idea nak bercerita? Ya, kadang-kadang tak semua benda perlu diceritakan, ye dak?

Rehat sebentar sebelum meneruskan kerja. Tanggungjawab yang lagi penting buat masa ini.

Oh ya, aku kini sudah menjadi pengguna Tunetalk. Bukan lagi Maxis. Yang Celcom dan Umobile tu, sila abaikan. Itu memang aku guna no tu. Nombor Maxis yang aku maksudkan ini ialah nombor yang sudah hampir 10 tahun aku guna. Nak buang, sayang. Bagi aku, nombor tu cantik.

Jadi, disebabkan rangkaian Maxis yang kadang-kadang macam !@#$$%%^, aku kira takde masalah pun kalau aku beralih angin. Tukar rangkaian Maxis ke Tunetalk. Ah, bukan curang. Cuma saja, beralih arah. Nak pulak, Tunetalk menawarkan banyak tawaran menarik!


Bagi pengguna tegar internet mobile ni, molek sangat la kalau nak guna Tunetalk ni. Power! Line pon okay walau kau duduk kat pulau. HAHA. Kenapa aku kata macam tu? Sebab masa aku balik kampung aku kat Pulau Tuba masa raya hari tu, line ada okay. Walaupun tengah laut. Tapi Maxis, sayang, kat telefon pintar tu tertulis 'NO SERVICE'.

Jom tengok apa kelebihan Tunetalk ni.


Hah, aku dah macam buat post berbayar untuk TuneTalk. Ni kalau dia baca post promotion ni, aku nak minta komisen lah. HAHA.

Jadi, yang baru nak berjinak dengan dunia internet yang menggunakan telefon pintar dan nak murah juga sesuai untuk pelajar, bolehlah cuba TuneTalk. Takmau tukar nombor baru, hampa boleh juga tukar line saja. Simple as ABC. Reti dak ABC? Reti? Bagus.

Nak baca banyak lagi, boleh INI.

Jadi, undur diri dulu. Selamat maju jaya!

xoxo,

jannah.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

4 comments:

  1. Tunetalk pakai line Celcom, patutla OK sangat.
    Bagi saya yang paling best pakai TuneTalk Tone Excel. Setiap TopUp RM30 Boleh dapat kredit RM40 dalam HP. Siap dapat PA Insuran lagi RM100k.

    Email saya kalau nk tahu camne kat azeizbadlei@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Banyak kelebihan pakai tune talk ni.. Promosi pun srlalu banyak beri hadiah wang tunai.. Paling best boleh buat income lagi.. Kerja penat sekejap aje.. Lepas setahun dua dah bleh tuai hasil lumayan

    ReplyDelete

Oh!Belog