27 September 2013

Final Year Project (FYP2) - It's Over, Alhamdulillah.

Bismillah.

Alhamdulillah. Semalam, hari Khamis, 26 September 201, aku dengan leganya dah selamat menamatkan satu perkara yang menjadi salah satu perkara wajib bagi pelajar SMUM iaitu Final Year Project. Dua sem, dua semester aku punya rasa tekanan demi tekanan, strees bebudak final year, semalam, tak sampai 10 minit pembentangan, terus lega. Masa ustaz kata, 'Ok, tahniah.' aku menangis. Rasa nak sujud syukur. Menangis sebab dah habis. Dah lepas bebanan tu.

Tengah viva lettew!
Tapi, aku dah mula rindu. Rindu nak rasa kesibukan bukan FYP tanpa fikir masalah kecil yang lain. *sigh*

Mari cerita sikit apa tu FYP bagai. FYP stands for Final Year Project. Disebabkan major aku Usuluddin dan minor aku Multimedia, maka aku pon terlibat juga dengan FYP ni. Kami perlu menyiapkan satu projek dan diberi pilihan utk pilih platform apa projek kita tu, sebagai contoh, aku pilih video. Jadi, aku buat projek aku dalam bentuk video lah dengan syarat isi kandungan yang Islamik atau ada kaitan dengan Usuluddin.

Jadi kami diberi DUA penyelia. Seorang daripada Fakulti Akademi Islam yang akan selia isi kandungan da seorang lagi daripada Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat yang akan menyelia bahagian teknikal. Ada sahabat aku yang lain buat menggunakan platform animasi 2D, interactive learning dan komik digital. Gittew.

Tajuk FYP aku ialah Amalan Perkahwinan : Antara Adat dan Syariat. Mulanya, aku nak buat pasal perbandingan agama. Apa unsur agama lain yang ada diambil dijadikan adat melayu sebagai contoh di dalam amalan perkahwinan. Seperti yang kita tahu, adat persandingan antara yang diambil dariada adat agama Hindu. Jadi, untuk mengelakkan jadi bias sangat, maka aku ringankan dan tapis-tapis, jadilah projek aku ni.

Sabaq sat, aku ada upload dalam YouTube. Tu untuk bab 6 aku, Testing. Aku kena upload dalam YouTube. Nak berterima kasih kat Wira Azhar, Hatila Hatta dan Ku Nazurah banyak banyak sebab depa tiga ni banyakkkkk sangat tolong aku. Nak nak waktu genting dan kritikal aku sebelum viva semalam.

Jadi, aku bagi can la kat hampa tengok video FYP aku. Okay, aku tahu, tak gempak. Aku pon belajaq basic ja kot multimedia. Hehe. Oh ya, aku tak buat dokumentari, supervisor aku cadangkan aku buat guna green screen. Dan, hasilnya, taraaa!


Dah tengok? Jadi, macam mana?

Kat bawah ni semua presentation kawan-kawan aku yang lain. Tapi FYP2 lah. Yang FYP 1 aku tak sempat tengok.

Hatila. Animasi 2D. Demam dan Perubatan Nabawi.

Naziha. Video Podcast. Wuduk dan Tayamum

Zaid. Interactive Learning. Mengenal Allah melalui ciptaaNya.

Kak Sarah. Interactive Learning. Rukun Islam.

Wira Azhar. FYP1. Buli dan Cara penyelesaiannya.
Kak Rabiah. Digital Komik. Al-Khawarizmi dan Sumbangannya terhadap Islam.

And Lassttt, aku dan supervisor AI, Ustazah Nazneen. Yang banyakk tolong aku.
Jadi, aci kan nak buat ucapan terima kasih sikit?

  • Terima kasih ya Allah atas kekuatan dan ketabahan yang kau berikan kepada aku untuk menghabiskan projek ini. Semoga niat yang aku mulakan untuk menyampaikan dakwahNya itu sampai melalui projek aku. Amin.
  • Terima kasih kepada kedua supervisor aku yang BANYAK sangat bantu aku dalam menyiapkan projek ini. Segala kritikan dan cadangan, takkan dilupakan. Segala tunjuk ajar, akan tersemat di hati.
  • Terima kasih Wira Azhar sebab sudi tolong aku shooting dan editing.
  • Terima kasih Hatila Hatta, sebab sudi jadi hos untuk video aku dengan tebalkan muka hang. HAHA.
  • Terima kasih Ku Nazurah Husna sebab ikut saya pergi shooting dan tolong setting green screen dan lighting.
  • Dan, terima kasih untuk semua yang menyokong secara langsung dan tidak langsung.

Sedikit ucapan : 

  • Untuk Hatila, kita dah habis semester ni. InsyaALLAH. Terima kasih sebab sama sama dengan aku gagahkan diri habiskan FYP2 ni. :)
  • Untuk Wira dan Ku Na, nanti nak shooting dan editing FYP2, rojer aku. Aku akan tolong, mana yang aku mampu! Mesti. Okay?

jadi, yang dah menonton, boleh turunkan komen yang membina. dan yang banyak bunyi, try buat dulu kalau nak tau susah ke tak. HEHE. 

Untuk semua sahabat yang bakal ambil FYP 2 semester depan, aja aja fighting!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

Oh!Belog