02 September 2013

Kemajuan Teknologi : Pro dan Kontra

Bismillah.

Sementara menunggu download habis, mai la aku taip apa patut. Mungkin sebagai perkongsian. Lantakla sebagai apa pun. Janji aku nak update jugak. HAHA.

Semester ni aku buat dua assignment bagi dua subjek yang berlainan tapi tajuk hampir serupa. Hmm, rasa nak cerita jugak. Walaupun ramai dah tahu. Okay, sebenarnya semangat ni datang lepas aku buat presentation kat kelas tadi. HAHA.



Jadi, tajuk assignment yang aku rasa nak cerita itu ialah:

Pendidikan Sosial dalam Islam : Kemajuan Teknologi, Pro dan Kontra.

Kita semua sedia maklum tentang kemajuan teknologi dan sangat cepat pada masa kini. Contoh terdekat, Samsung yang merupakan pengeluar gajet elektronik yang semakin berkembang bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Pergh, ayat tak nak kalah. HAHA. Kita juga sedia maklum tentang kebaikan yang kita dapat tentang kemajuan teknologi maklumat khususnya seperti memudahkan pencarian maklumat, perhubungan dunia tanpa sempadan dan lain-lain.



Cuma yang keburukannya yang kita tak dapat tepis ialah manusia yang kini lebih banyak menjadi anti-sosial. Kurang bergaul dengan masyarakat dunia realiti. Aku tak nafikan, pada permulaan, aku juga hampir jadi macam tu. Telefon tu kalau boleh 24 jam kat tangan. Mana Facebooknya, Twitter, Instagram, Keek bagai. Sebab tu kot blog terbiar usang. HAHA.



Macam gambar kat atas, ini namanya TwitterAddict. Bahaya kalau dah addict sampai tahap nak kencing hujung hujung pun gigih nak tweet bagai. Ya, memula dulu aku jadi lagu ni la. Memula. Tapi idokle sampai tahap nak kencing pon aku kabo. Aku masih fikir benda personal dan bukan personal yang aku boleh kongsi. Bahaya. 

Ada sampai satu tahap, tak makan tak minum apa pun takpa. Janji ada internet. Itu ja. Anak-anak zaman sekarang. Cuma aku tak tau la anak cucu aku lagu mana nanti. Bila balik Langkawi hari tu, aku rasa satu perasaan macam kecik kecik dulu sebab bila masuk kampung aku yang sebenarnya adalah sebuah pulau, line telefon takda. Tipu takdak, ada, cuma nazak. HAHA. line 3G sah sah la takdak. Tapi seronok sebab aku betul betul menghayati suasana kampung tu.


Mengikut apa yang kami kaji jugak la kan, pemikiran orang yang selalu di laman sosial/internet ni tak berkembang otak dia. Semua nak google ja, dia keluaq la jawapan dari serata pelusuk dunia. Mana mau fikir lebih sikit. Tengok saja sarjana Islam yang teragung dulu seperti Al-Ghazali, Ibn Khaldun dan lain lain. Mereka dh hasilkan beratus buku, tulis tangan saja semua. Mana ada laptop bagai kan?

Tapi, bagi aku, selagi ada teknologi yang terbaru ka apa ka kan, gunalah sebaik mungkin. Buat benda yang boleh datangkan manfaat dan kebaikan kepada semua. Mana yang buruk dan lagha serta ke arah maksiat, tinggalkan dan cegah. Cuma perku kekuatan antara mahu dan tak mahu. Kita boleh mengubahnya. 

Sekarang, aku dah sedar sikit kot atau aku mungkin dah bosan dengan semua ni. Aku dah kurangkan aktiviti bersosial di alam maya dan aku nak berjalan kat muka bumi Allah ni. Aku nak teroka. Aku juga boleh adaptasi teknologi dengan mengagumi ciptaan Tuhan. Kan?

Sebelum aku berundur, aku nak kongsi kepada hampa video ni. Macam ni la kita nak guna teknologi nak sebar Islam. :)



Pendapat hampa pula macam mana?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

  1. betol sangat , kalau duk kat meja makan suma pegang anset sebab ade wifi . tak bcakap langsung .ish ish

    ReplyDelete
  2. Alamak.. otak akak ni tak berkembang rupanya. Sebab apa2 sikit je nak gugel. Heheh.. Tapi gugel je yang senang. dah tu acaner/

    ReplyDelete
  3. teknologi boleh jadi memudahkan kerja harian dan berkomunikasi ( pabila berjauhan)...

    tapi teknologi juga boleh merumitkan keadaan bila org yg menggunakan teknologi meyalahgunakan teknologi itu sendiri...

    ReplyDelete

Oh!Belog