08 October 2013

Ikhtilat.

Bismillah.

Ikhtilat.

Ramai antara kita yang kini terlepas pandang isu ikhtilat. Takpayah tuding jari ke orang, kadang kala ni diri sendiri ni, terlepas laku. Manusia. Adakala alpa, adakala lalai. Biasalah. Tapi bila kita dah sedar dan tahu, kita wajib untuk ubah diri kita. Kita wajib untuk letakkan batas-batas pergaulan.

Apa itu ikhtilat?

Yang dimaksudkan dengan ikhtilat ialah percampuran wanita dengan lelaki sama ada  secara bersendirian ataupun berkumpulan. Jadi, mesti kita nak tau, apa hukum ikhtilat dalam konteks macam ni kan?

Secara asasnya pergaulan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya haram. Kalau Haram, macam mana pula kita nak bersosial, nak bekerja, nak belajar dan nak bermuamalat?

Alhamdulillah. Ahli Sunnah wal Jamaah mengambil pendapat yang pertengahan, iaitu bersederhana dalam percampuran antara lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan juga tidak menghalalkan secara mutlak.

Awak boleh baca dan fahamkan gambar di bawah ni. LENGKAP. Terima kasih kepada penulis sebab kongsi ilmu ini!


Apa dia pula salah faham tentang isu ikhtilat ini?

1. Jumlah lelaki dan wanita dalam satu keadaan tidak mengubah hukum dan adab ikhtilat.
  • Ikhtilat ini adalah percampuran lelaki dan wanita tanpa mengira bilangan.
  • Khalwat ini ada dua maksud. Satu maksud yang kita sering dengar ialah keadaan di mana lelaki dan wanita berdua-duaan TANPA mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum Islam dan mampu menegur) dan satu lagi maksud ialah keadaan apabila Rasulullah menerima wahyu di Gua Hira'. Baginda sedang berkhalwat seorang diri semasa Jibril datang membawa wahyu. Wallahualam.
2. Fizikal (tubuh) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilaf.
  • Ikhtilat tu bukan saja boleh berlaku masa ada lelaki dan wanita, tapi boleh juga berlaku semasa chatting, telefon, sms dan lain lain lagi cara komunikasi sekarang. Dalam ikhtilat moden kini, perkara yang dilarang perlu dielakkan.
  • Antara yang sering berlaku ialah bila timbulnya istilah adik angkat abang angkat kakak angkat dan semua yang terangkat tu dengan alasan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu.  
Jadi, semua yang aku tulis ni, aku ulas sikit melalui pembacaan buku dan rujukan di blog INI. Boleh pergi tengok sana jugak kalau tak percaya. HAHA.

Jadi kawan kawan, sebab sayang hampalah aku pesan, jaga ikhtilat. Jaga batas pergaulan. Okay?
Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

  1. Penting ni. Selalu kita buat2 lupa time2 beraya. Semua sedara mara nak disalam. Adoiii

    ReplyDelete

Oh!Belog