06 October 2013

Suka Ke Tak Suka?

Bismillah.
Curi masa kejap nak update. Serius, rindu. Esok, last paper untuk semester ini. Paper programming. Subjek elektif. Itu lah orang kabo, gagah nak ambil subjek yang tak dak kena mengena dengan kos, susah memang susah, tapi jujur aku cakap, seronok juga belajar Java Programmming. Lepas ni aku dah habis belajar. Hanya tinggal praktikal saja. Harapnya takde la subjek kena repeat. Harapnya. Amin. Doa dan usaha sudah, tinggal tawakkal kepada Dia.

Aku dah lama perhati sebenarnya, kebanyakan orang sekeliling aku tak kisah la sama ada dalam dunia realiti mahupun dunia maya, hatta diri aku sendiri, aku duduk balik sorang-sorang, aku audit diri, persoalan yang seringkali bermain-main di minda, kenapa bila kita tak suka si polan ni, kawan kita yang lain yang langsung tak pernah ada kaitan dengan si polan tu turut terkena tempias tidak suka tu?

Okay, faham tak? Ye la, aku terangkan sikit.

Kau bergaduh dengan si A dan sah sah la kau tak suka dia kan, lepas tu kau pun bawak mulut dan ajak kawan-kawan kau yang kebetulan dia kawan kepada orang yang kau tak suka tu untuk tidak suka dia jugak. Hah, panjang lebar!



Okay, kalau tak faham, ulang baca banyak kali. ULANG. Okay?

Kau ada kawan macam tu? Tipu kalau takdak. TIPU. Mesti ada walaupun sorang. Atau kadang-kadang diri kita sendiri. Kita mana nak sedaq. Ye dak?

Jadi bagi aku, sebab aku rasa dulu pun aku teruk juga. Jahat juga. Mungkin bila dah besaq ni, dia sedaq dah, mana lebih baik, mana lebih buruk, mana aku patut teruskan, mana aku patut tinggalkan, aku rasa kita tak patut dan tak molek buat lagu tu. Mana boleh ajak orang lain untuk tak suka orang yang kita tak suka. Engkau kalau tak suka, kau tak suka je sorang-sorang. Kau jangan bawak mulut ke kawan kau yang lain, burukkan dia. Tak molek.

Cuba bayangkan kau kat tempat dia. Padan muka kau. Sakit tau rasa tu. Plus rasa malu. Up sikit, boleh rasa terhina. Serius.



Minta maaf kepada sesiapa yang aku pernah terlepas laku gitu. Dan orang yang aku kenal, kalau gamak dia sedar yang dia pernah, sedang atau akan bawak mulut ajak kawan lain untuk tak suka orang yang kau tak suka, meh mintak maaf meh sementara aku masih ada hati. Jangan sampai aku tengok nama kau pun buat aku meluat. Hiks.

Jadi, itu je la nak kabo. Aku nak sambung study! Bye.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

  1. pernah kena dan pernah mengenakan org mcm ni.. huhuhu..

    ReplyDelete

Oh!Belog