13 February 2014

Mana Milik Kita?

Bismillah.

#nowplaying Mana Milik Kita - Rabbani

Masa kusyuk main Candy Crush Level 92 yang dah berapa minggu stuck kat sini, keluar la lagu kat playlist yang aku tengah dengar ni. Lagu Mana Milik Kita nyanyian kumpulan Rabbani. Amboi sangat perangai Jannah ni.

Bila aku dengar betul-betul lirik ni, rasa macam, ermmmmmm, betul. Mana milik kita? Meh kita sembang sikit. Mana milik kita? Mana?


Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Apa yang ada kat kita sekarang ni hanya pinjaman. Hatta ibu bapa suami isteri anak anak kawan kawan teman semua, semua hak Allah. Bila tiba Allah jemput mereka kembali kepadaNya, kita kena redha dan lepaskan.

Bigboss company aku praktikal ni, Ustaz Norsham ni, dia punya prinsip senang ja. Memang kena banyak bersabar. Sabar itu ganjaran dia sangat besar. Sangat besar! Antara ayat dia yang paling aku ingat, 'duit kita yang kita ada ni bukan kita punya. Semua Allah punya. Tu duit Allah. Jangan takut.'

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Lebih kurangla ayat dia. Apa jadi pon even kena tipu apa ka kan, satu ja cara nak pujuk hati, semua Allah punya. Macam baru baru ni opismate hilang duit. Terkejut juga mula-mula, tapi lama-lama dia kata, takpela, kita halalkan. Anggap itu bukan rezeki kita. Duit Allah. Nanti ada la ganti lebih baik.

Konsep tawakkal ustaz ajar ni memang power! HAHA. Dan bos aku pun banyak ajar dan biasakan aku untuk sediakan sedikit duit sekurangnya sebab bila gi pasar atau kedai makan, bila orang datang minta sedekah, kita bagi je. Sekurangnya seringgit ke. Takpa, niat sedekah! Dia tipu ke belakang kira. Aku rasa dah jadi kebiasaan aku untuk buat macam tu. Niat sedekah atas nama Arwah Abah.

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada. Tak mustahil Allah boleh tarik apa kita ada tu dalam sekelip mata. Ustazah Saadah pernah kata, dalam duit kita ataupun sesiapa yang kaya tu, ada hak orang miskin di dalamnya. Mereka boleh minta kat kita. Tapi janganla dok pi minta suka hati. Usaha mau ada. Larat orang nak bagi duit ja penat penat kerja kan? Nak mampuih la tu.

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Jangan lupa memanjatkan syukur kepada Allah. Syukur atas setiap nikmat kurniaanNya dan syukur atas segala ujian yang diberi agar kita tak lalai. Jangan mengungkit segala perbuatan baik kita. Itu namanya tak ikhlas. Banyak bunyi pulak dia.

Sucikan hati. Jangan lupa, apa kita ada semuanya milik Allah. Bukan kita.

'Bila kita pinjam barang orang, mesti satu masa kita kena bagi balik barang tu kat tuan punya barang. Masa pinjam tu, jagala baik-baik barang tu. Agar bila kita bagi balik kepada empunya, dalam keadaan yang sama kita pinjam dulu, malah lebih baik.' - seseorang, satu masa dulu.



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

3 comments:

Oh!Belog