26 February 2014

Psikologi Seorang Anak Bongsu. Adik.

Lama tak masuk sini kan?

Tadi lepas siapkan kerja yang cikwan bagi dan hantar kat dia, aku cuba tanya Encik Google tentang psikologi anak bongsu. Saja, nak mengenali diri. Agaknya terkesan dengan apa bos kata kat aku kot. Oh, nak kena back up diri juga okay?

Aku ni mempunyai naluri seorang adik dan anak paling last serta bongsu. Haaa, macam sama kan ayat tu? Cuma aku pusing sikit. HAHA. Bos aku tu anak kedua. Kawan aku yang praktikal dengan aku, juga anak kedua dan mempunyai personaliti lebih kurang macam mamat tu dan sahabat baik aku si Tila juga anak kedua. Cuma aku, aku anak keempat dan anak bongsu. Aku juga banyak dikelilingi dengan anak bongsu. Contoh, Amni. Dan paling kuat, anak second last macam Shida dan Adiba. Anak sulung, ada jugak.



Meh kita senarai sikit apa sifat anda bongsu. In semua berdasar pembacaan, pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Aku jadikan bacaan aku ini sebagai sumber jugak.

Manja. Sebenarnya aku tak tau nak kategorikan manja tu macam mana. Sebab aku sendiri tak rasa aku manja. Tapi mungkin orang sekeliling aku rasa aku macam tu. Atau dalam erti kata lain, mengada-ngada. Yela, kau anak bongsu kot. ADIK okay? Sesiapa boleh terangkan kat aku macam mana manja tu, sila tinggalkan pandangan anda di ruang komen.


Nakkan Perhatian. Ini kot manja yang anak-anak sulung dan tengah selalu perjuangkan? Sebagai anak paling kecik (walaupun badan paling besar), tapi hakikatnya kau tetap adik okay? Kalau kau berdikari manapun lah kan si anak bongsu ni kan, jauhhh di sudut hati dia, dia tetap nakkan sedikit perhatian. Itu kadang-kadang macam macam dia buat sampai adakala macam memberontak, padahal dia cuma nak curi sedikit perhatian dari abang-abang dan kakak-kakak dia.

Betullah, setakat abang atau kakak call dia tanya khabar atau kurang-kurang Whatsapp ke WeChat ke apa ke kan, dia tahu, masih ada orang care pasal dia. Serius, tak tipu. Sebenarnya, adik dia takde la nak duit sangat dari abang atau kakak dia. Tapi kalau abang/kakak dia bagi, dia terima. Aish, rezeki kau. Bonus tu.

Alhamdulillah, aku dah biasa hidup sendiri. Duduk asrama. Lepas SPM terus datang KL. Jadi, aku bolehlah hidup mandiri orang kabo. Tapi hakikatnya, aku tetap anak bongsu. -.-

Cari Pasal. Mengikut sumber kat SINI hahahahaha, aku tak setuju bila kata adik selalu cari pasal sebab bila dengan abang-abang aku, depa yang selalu cari pasai ngan aku. Nak nak abang nombor tiga atas aku tu. Tapi kalau part cari pasal dengan kawan-kawan RAPAT, mungkin betul. Yang tu aku mengaku sikit, bila dengan kawan rapat, seronok cari pasal. Eh, bukan. tempat bergurau. Kasar sangat bunyi tu. HAHA.

Bangga Akan Abang dan Kakak. Ya, ini tidak dinafikan. engko gadoh pi la cemana pon dengan abang kakak kau. Tapi satu sudut, kau akan bangga dengan adanya abang dan kakak kau. Kau sebagai adik rasa teruja dengan pencapaian yang abang dan kakak kau telah capai. Tak gittew anak bongsu semua? Mengaku cepat!

Tak Pandai Buat Keputusan. Sebenarnya bukanlah sampai tak reti langsung buat keputusan, cuma dia punya kebergantungan dengan orang lain terutamanya mak atau ayah kalau dalam family dan kawan-kawan rapat. Macam aku, aku mengaku, susah nak buat keputusan. Apa-apa mesti aku akan refer kawan-kawan aku, terutama si Tila. Dia dah serupa PA aku. HAHA.

Mudah Terasa Hati. Alhamdulillah, aku tak mudah terasa hati, cuma bila aku betul betul terasa hati, tu susah. Tapi kebanyakan anak bongsu memang gini. Betul kan?

Mudah Memaafkan. Ini aku sedih. Aku tak tau kenapa. Hati aku ni mudah sangat memaafkan. Even bukan salah aku, aku yang pi minta maaf. Sebab aku cepat kesian. Hati tisu, puiiiii ! Tu yang selalu kena marah. Padan muka. Cepat sangat kesian kat orang sampai kau sendiri kena marah. HAHA. Tapi apa boleh buat. Itu aku.



Sebenarnya, aku banyak mengalah. Itu je. Malas nak gaduh-gaduh. Tapi niat sering disalah tafsir.

'Orang bukan nak tau niat awak pon. Diorang tak kisah. Yang diorang tahu, awak salah.'

Jadi, itulah serba sedikit tentang anak bongsu. Ada yang tak setuju? Lantaklah. Ni aku punya pandangan. HAHA.

Bye!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

9 comments:

  1. byk kena kat anak akk ygbongsu tu... yg adik bongsu cam tak kena je...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAH. saya lak banyak gak kena. cuma tak semua. hee

      Delete
  2. bila namanya anak bongsu tu, tak banyak sikit memang ada persamaannya.. kan?

    ReplyDelete
  3. hahaha sebijik mcam prangai aku..

    ReplyDelete
  4. Yup betul2 tp sye ni tk mudah naik angin kahkah, tapi sensitif tu mmang betul .Cuma sifat pemaaf tu yg ada tu dpat seimbangkan bila kita sensitif huhu

    ReplyDelete
  5. kelemahan sye anak bongsu umur 16 selalu di abaikan ,x dapat ape yg sye mintak walaupon murah, tak disayangi ,apa bila salah sya ,sye yg di maki dan di tuduh .macam kesalahan org lain sye tanggun ,sye sakit hati kecewa ngan family and mak ayah sye syg abg sye nom 4 sye anak last ,sye di abaikan sebab abg sye ade sakit tapi dh sembuh sye sakit exsiden jatoh moto x ade sape perduli , sedih betul hidup cam ni sye rase nk mai ja

    ReplyDelete

Oh!Belog