01 April 2015

#BloggerTalk : 10 Fakta Menarik Tentang Aku.

Assamualaikum.

Amboi. Kali ni bebudak yang join #Bloggertalk dah bersepakat nak post entri pasal diri sendiri. Ni kira tujuan nak up diri sendiri ka cemana? *gelak tutup mulut*


Kat bawah ni adalah SEPULUH fakta menarik tentang aku. Tapi entahlah. Aku rasa menarik. Korang tak rasa, sudahlah. HAHA.

1. Nama diberi Nurul Jannah binti Che Suhaimi a.k.a Jannah Jelita. Aku rasa menarik. Nama aku simple dan semua rajin sebut. Sikit sikit nak ke Jannah. Sikit sikit nak Jannah. Aku naik segan jugak. Hehe.

Aku suka paksa orang panggil aku Jelita

2. Seorang kawan yang baik. HAHA. Okay, aku memang nak up diri. Nak cakap aku seorang kawan yang baik. Aku sangat pentingkan persahabatan. Serius.

3. Suka gelak. Ini ye, aku sendiri mengaku. Aku taktau kenapa aku sangat suka gelak. Dok saja saja pon kadang kadang aku gelak. tapi aku susah nak senyum. Kalau kat pejabat orang suka kata aku masam je muka. Dan kalau nak bergambo, aku jarang senyum. Sebab aku nampak macho kalau tak senyum. Kahkahkah!

4. Tabiat paling aku tak boleh ubah, aku suka makan makanan orang. Makna kata, makanan orang lagi nampak menarik walaupun aku dan kawan aku tu order benda yang sama. Sebagai contoh, pernah satu masa dulu, kawan baik aku order bihun tomyam. Aku pon order sama. Tapi aku nampak bihun dia lagi sedap dari aku punya. At last, aku bantai makan dia punya makanan.

Dan perangai tu sampai sekarang terbawa-bawa. tak makan semua, aku nak rasa sikit ja. Sikit ja. HAHA.

5. Belajar bidang lain, bekerja bidang lain. Kalau korang nak tahu, aku ni dulu belajar bidang lain. Masa study aku belajar Usuluddin dengan Multimedia, tapi sekarang Tuhan tetapkan aku bekerja di bahagian HR. Ingat aku boleh ke nak ketch up memula? Tapi berkat kesabaran, alhamdulillah. I am what I am now. 

6. Mula memiliki kereta pada umur 23 tahun. Tak sangka, seawal ni aku dapat beli kereta. Walaupun Mama bayar downpayment! Kahkahkah.


7. Bila tak suka orang tu, aku akan elakkan diri dari dia. Bukan apa, kalau aku dekat dia, nanti aku lagi meluat. Even bercakap pon aku takkan tengok muka dia. Aku nampak bayang dia pon aku blah. Sebab aku pegang kata kata ni, kalau tak suka, blah. Jangan tengok dia. Nanti lagi meluat. Haha. even stalk dia ke apa pon aku akan elakkan.

8. Anak bongsu dari empat orang adik beradik. Comel kan? Oh tidak tidak. Aku tau korang mesti kata aku manja. TIDAK. Aku lepas SPM terus keluar dari kampung. Duduk KL. Memang belajar sini. Masa lepas UPSR pon aku duduk asrama 5 tahun k.

Aku dah diajar untuk hidup berdikari. Dan aku tak suka diatur atur hidup aku. Biar aku tentukan.

9. Kaki wayang dan suka travel. Ini memang hobi. Aku suka tengok wayang. Sorang sorang. Kalau aku ajak kawan takmau teman, aku pi tengok wayang sorang sorang. Biaq ah. Hahahaha. Pernah aku  tension, aku pi tengok seminggu berturut-turut. Hahaha. Puas hati.

Dan kalau ada masa, aku akan pergi travel. Haha. Aku suka berjalan. Aku tak suka dok terperap. Tak berkembang otak. Sebab tu, aku boleh duduk KL ni.Sebab tu pakai kereta 6 bulan dah pi servis 30000 km. Haha. Power?

10. Minat paling gila, aku suka membaca. Nak nak buku. Aku ada banyak buku, tapi kadang aku beli tak baca pon. Tabiat mengumpul. Paling banyak novel dan buku kitab tu la. Sekarang aku banyak baca genre Buku Fixi, Lejen Press dan seangkatan. Nampok?

Jadi, entahlah, Menarik ke tak, korang rasa?

Aku rasa paling menarik, yang suka makan makanan orang. Yang orang gak nampak sedap! Hahahahahaha.

Dahla. Nak sambung kerja. Bye!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

15 comments:

  1. #palingmenarikcintagst ye dop??!! eh salah komen...hikhik...everythings around kita ni semua menarik dan dia menjadi lebih menarik kalau kita tau adapt in a gud and positif way...believe me...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha! akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. cinta sangat

      Delete
  2. baca lah dubook press. pon ok jugak

    ReplyDelete
  3. Jannah memang jelita! Btw, thorbaikkkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak selalu puji kita. erm erm hahaha

      Delete
  4. Wow 23thn ada kereta terbaikk jannah... . Ank bongsu mesti manja ni... good kuck jannah yang jelita

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehee. saya tak manja kak/ heee

      Delete
  5. Anak bongsu? Sama la. Tp umur aku dah 26 masih takda keta sendiri. ����

    ReplyDelete
  6. Iteww bungsu jugakzz.. Utung @Sapik orang dh ade kereta... #Eh..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah jangan ah gosip. kang sapik marah!

      Delete
  7. Assalamualaikum.. singgah dr group sahabat blogger.. untung ler muda2 dah ada kreta sendiri.. ima pinjam kreta laki je.haha

    ReplyDelete
  8. cik jannah oiii.
    kita pun takde keta lagi walaupun dah keje.
    haha. meh baca kta punya pulak

    http://farhana-mohamad.blogspot.com/2015/04/bloggertalk10-fakta-menarik-tentang-saya.html

    ReplyDelete
  9. jannahhhh...mmg dah jelita x pyah paksa dah aihh..hehhehe

    ReplyDelete

Oh!Belog