12 May 2015

#BloggerTalk : Siapa Ibu?

Hai.

#BloggerTalk minggu ini. Setelah dipersetujui oleh majoriti, maka topik minggu ini ialah Siapa Ibu? Sempena Hari Ibu la tu. Korang sambut keee? Mesti ada yang bunyik, harom harom. Tak boleh sambut. Tak boleh! Tapi, bagi aku, suka hati kome lah. Hargai ibu setiap masa, bukan sehari dua saja. Selagi mana tak langgar syariat, sambutlah cemana kome nak. Mungkin hari itu dikhaskan untuk mak mak kann??

Jadi, siapa ibu?

Dalam Islam, taraf seorang ibu tu terletak paling tinggi. Dalam hadis pun ada menyebut kedudukan seorang ibu kan? So taknak cerita panjang. Cuma nak cerita, siapa ibu bagi pandangan seorang Jannah.

Ibu atau nama panggilan lain Mak, Mama, Ummi, Mummy, Mamaji, Omma dan lain lain yang sama makna, seorang insan yang sangat istimewa. Kita kalau berkahwin, dapat seorang lagi mak iaitu Mak Mertua yang tarafnya sama dengan Mak Kandung. reti? Kalau perempuan, ketaatan dia mesti kepada suami, tapi seorang suami ketaatan dia sampai kiamat tetap dekat ibu dia.

Jadinya, perkenalkan seorang SuperMama yang telah melahirkan seorang Jannah yang sangat comel, anggun dan JELITA, iaitu Insp. Rosni binti Abdul Rahman.


She is the best Mom i ever had. Walaupun aku dok membesar dengan Tok, tapi aku tahu lah pengorbanan yang dia buat. Sejak pemergian abah, dialah ibu dialah bapa. Semua dia buat demi anak anak. Haha. Kakak kata, Mama garang. Kehkeh.

She is SUPERMAK. Penat lelah bekerja untuk anak-anak. Berkorban berjauhan dengan anak-anak sebab nak tengok anak anak senang. Walaupun tak diajar dengan kesenangan, alhamdulillah, tak pernah lagi aku hidup merempat. Hahahahaha.

So, thanks Mama for 24 years raising me up.

Dan, sorang lagi. SUPERTOK. Hahahahaha. Ni diaaaa lagi power tak power lah. Jaga kami 4 beradik. Hahahaha. Tak tau nak cakap apa, tapi Tok Kiah, didikan Tok Kiah tak pernah tak power. Rindu nak dengar Tok beleter.


Okay. Dah selesai. :)

http://WeeklyFixPay.com/?share=69613

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

4 comments:

  1. Selamat jadi ibu jannah.. Eh..

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Oh!Belog