11 September 2015

Panduan Masuk Singapura Dengan Kereta

Assalamualaikum.

Susah kalau jadi orang yang jenis tak reti duduk diam lepastu nak berjalan je keje entah ada duit ke tidak. Haha. Tapi betullah orang kata, banyak berjalan ni luas pemandangan kan? Jadi kali ni sekuntum Jannah sangat baik hati malah rajin nak berkongsi tentang panduan masuk ke Singapura dengan kereta. Sebenarnya saja nak ambik pengalaman plus nak passport tu ada cop! HAHAHAHA. Jakunnya ya rabbi.

Aku bagi secara ringkas je lah kan? Buat apa nak kecoh kecoh nak tulis pepanjang. Aku tau kome pon bukan rajin nak baca, nak cari point je kan? LOL. Jadi, dah ambil pen ke apa ke nak mencatat ni? Jadi post kali ni khas untuk mereka yang pertama kali nak masuk Singapura dengan kereta sendiri.

Pandu Menuju Ke Selatan. Ye lah kan, kome nak ke Singapura, kena lah menuju ke arah selatan sana. Kalau ke Utara kome masuk Danok kot nanti. Hahaha. Drive terus je sampai kome nampak signboard Woodlands. Haaa gittew.

Ikut Lorong Masing Masing ye? Sumber : SINI
 Passport. Pastikan passport kome semua ni tak mati lagi. Nak selamat, pastikan 6 bulan sebelum tarikh mati tu, kena lah renew awal-awal. Kang jadi hal, satu masalah pulak. Tak best la kan? Sekarang ni renew passport RM200 untuk 5 tahun. Hah, pegi lah renew ke buat baru ke. Kat UTC bersepah. On the spot dapat. Okay tipu, kena tunggu sejam jugak.

Insurans Kereta dan Roadtax. Ini penting! Pastikan kome punya insurans dan roadtax masih hidup. Jangan tetiba selambe je roadtax mati kome jalan ke sana sini. Naya. Jangankan kat Singapura, takut kat Malaysia nanti pon kome sangkut. Nak selamat kome bawa salinan geran ke mende ke sekali menandakan itu kereta kome. Mana tahu nanti sangkut kat mana mana.

Checkpoint Imigresen. Kome semua akan lalu dua check point sebelum dapat masuk ke Singapura dengan bahagianya. Pertama checkpoint Imigresen Malaysia. Masa ni dia cuma check passport, scan tapi takde cop apa apa pun. Kalau kat Imigresen Malaysia ni senyum je pegawai dia. Kome tunggulah.

Kemudian, ikut je lorong yang disediakan tu. Jangan salah masuk lorong tau. Ada lorong moto, ada lorong kereta, lori dan bas. Terus ke imigresen Singapura. Kat sini pegawai semua muka macam cencurut. Harom tak mau senyum. Rasa macam nak patah balik je. Masa kat sini lah pegawai akan bagi White Card. Isi saja kad tu dengan tenang. Kalau kome pegi 4 orang satu kereta, maka empat empat orang kena isi details ye. Hatta baby kecik pon kena isi. Dan yang penting, tingkap kena buka empat empat tingkap ye semasa kome kat sini. masa ni lah baru dia cop passport kita.

Sabar. Belum habis lagi. Kat sini yang banyak buang masa sebenarnya.

Autopass. Kome straight je cari Blok B. Ikut red lane tau? Kalau green lane untuk yang dah ada autopass. Singgah dan parking ye sebab kita kena buat Autopass. Autopass ni macam passport untuk kereta lah. Turun cari akak pakai bau warna ungu. Ramai kat situ. Nanti dia bagi kertas isi, pastu dia datang check kereta tengok lepastu masuk pejabat dan bayar SGD10. Lebih kurang RM30++ gak lah sebab duit Malaysia kan sekarang jatuh teruk. Sobs sobs. Nanti dah selesai kat kaunter, dia akan ajar kalau kome taktau cara nak  guna kad ni dan dia akan pesan suruh cari 7E yang ada topap.
Ni Autopass aku. Tahan 7 tahun kau. Entah bila kau nak pegi lagi. HAHA.
Okay. Dah selesai kat sini, apa lagi. Cabutlah masuk Singapuraaaaaa! 

Masuk Singapura dengan Bahagianya. TAPI. Haaa, kenapa ada tapi? Jangan kome nak drive macam dalam Malaysia k. Kome tahu, had laju boleh bawa dalam Singapore ni hanya 80km/j. Sendu tau tengok kereta semua nak BMW, Ferrari bagai, tapi 80km/j je boleh bawak. Patutlah orang Singapore masuk Malaysia bawak kereta serupa jahannam. Hahahahaha.

Kome berani lahh bawa kereta lebih hadlaju. Setiap tiang lampu ada kamera tau. Bukan kat depan ke, belakang pon. Jadi kome akan jadi pemandu yang sangat berhemah di Singapura ni. Percayalah cakap aku.

Patuhi undang-undang ye sayanggggg. Muah! Hahaha.

Jadi masa nak balik nanti kome jangan lupa touch Autopass dekat Imigresen tu. Pastikan bayaran cukup. Cari 7E dan topap dulu tau? Kat Imigresen Malaysia pon kena bayar. Macam biasa, guna Touch & Go. Jangan gedik bagi tunai. Tak diterima. Jangan tidur pulak masa nak check passport sebab nanti kome akan dikejutkan. Dia nak tengok muka kome. Okay?

Nanti kome search pasal ERP (Electronic Road Pricing) dan VEP (Vehicle Entry Permit) ye kengkawan? Dia macam bayaran tol dan permit masuk laa. Atau senang tengok kat blog INI

Beberapa tips yang patut anda semua ingat masa kat Singapura.
1. Jangan lupa isi minyak penuh penuh kat Malaysia tau. Kat sini minyak mahal mampos.
2. Topaplah siap siap Autopass kome tu. Kang dicajnya tak cukup tak masal kena bayar denda tau?
3. Bawaklah GPS sendiri. Kang kome sesat melainkan kome pandai baca map. HAHAHAHA. Dalam tu line telefon terus takde tau? Nak senang beli je no Singapore. Tapi macam tak berbaloi pulak rasa. HAHA.
4. CCTV bersepah, jangan buat pasai k?
5. No chewing gum.
6. Yang aku perasan, kalau kat tepi jalan deme nak parking, deme akan bagi double signal menyatakan yang woii aku nak park sini. Haaaa gittew.

Itu saja kot. aku masuk hari tu pon sebab aku saj anak rasa passport dicop je. Hahahahahaha! Sumpah tak pergi mana sebab tak tau jalan. Aku tengok sama je simpang dia semua. Lepastu aku sendu sengsorang dalam kereta. HAHAHAHA.

Okaybai!!!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

17 comments:

  1. jauhnya jannah travel. rajin betul :P

    ReplyDelete
  2. mase cek passport, semua kene turun dari kereta ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah turun hulur ke tingkap je. tapi nanti masa nak check kereta driver kena turun

      Delete
    2. skrang ni masa nak masuk spore, sblm smpi CIQ spore kne chek kastam dulu, bru jumpa imigresen.. heheheh

      Delete
  3. kak.. kalau nk topap autopass tu, area woodland road ada 1 booth utk topap autopass... hhehehe...

    bagi yg x de line phone, aktifkan roaming dulu erkkk.. hehehe.. x pun sediakan 1 no prepaid.. sbb no prepaid ada autoroaming...

    hehhe...

    yuk jalan spore lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay ! mekasih kongsi. hari tu masuk saja saja je tak plan pon hehe.

      Delete
  4. Nak tanye lah.autopass tue nak topup berapa ya?

    ReplyDelete
  5. Nak tanye lah.autopass tue nak topup berapa ya?

    ReplyDelete
  6. topup je 30sgd.. lebih kurg 100 la duit kita.

    ReplyDelete
  7. Perlu bawa Original atau photocopy geran kenderaan??

    ReplyDelete
  8. kalau pkai kereta family bkn kereta sendiri mcm mne? boleh min pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tu tak pasti pulak. sebab haritu driver sendiri kena drive depa cek satu satu. maybe boleh declare kereta family ke

      Delete

Oh!Belog