28 September 2015

Sebagai Kawan, 2015

Assalamualaikum.

Mungkin entri kali ini agak panjang. Aku dah lama tak menulis, cuma kali ini rasa terpanggil nak simpan kenangan memori aku untuk aku baca kelak. Ada modal nak bercerita kat anak cucu akan datang [baca : kalau ada lah cerita dia kan?]

#nowplaying : Redha - In Team


Ya, dulu kita pernah rapat. Mana mana kita pergi bersama. Susah kita bersama. Senang juga kita tetap bersama. Sampai ada bunyi mengatakan, mana ada aku, ada kau. Mana ada kau, ada aku. Kau saja kawan aku yang paling aku selesa, paling aku sayang, paling aku senang.

Pada satu hari, ditakdirkan aku bertemu dengan kau. Ditakdirkan juga Tuhan, aku rapat dengan kau. Berkongsi segala suka duka dengan kau dan hampir semua kisah tentang kau, aku tahu. Ya, hampir semua. Tanya saja, insyaAllah aku boleh jawab. Huhu.

Tapi secara sedar tak sedar, tak selamanya kita begini. Makin lama kita makin jauh. Sebab apa, hanya kau dan aku saja tahu. Kita jarang bertegur sapa. Kita sanggup lupakan apa yang kita buat selama ini hanya kerana benda yang tak pasti.

Tapi aku selalu berdoa pada Allah. Semoga Dia temukan aku dengan kau kembali. Rapatkan hubungan kau dan aku kembali malah lebih rapat dari itu. Dan Allah itu Maha Mendengar. Dia dah makbulkan doa aku, walau kadang aku tak perasan pon.

Kau adalah yang 'terbaik' yang pernah aku kenal. Takkan aku lupakan jasa baik kau sepanjang kita bersama. Terima kasih SAHABAT.

Kau pernah tanya aku kan, apa yang aku nak dari kau sebenarnya? Aku rasa kau dah tahu. Dan sampai ke sudah, aku hanya menafikan apa yang kau fikir. Sebab apa? Sebab aku kenal kau. Dan sebab tu lah aku bagi jawapan yang kau sendiri takkan dapat faham. Aku takkan sesekali memusnahkan, mengkhianati perjanjian dan persahabatan kita. Aku lebih rela berkorban rasa dari aku cakap apa yang kau nak tahu sangat.

Kan aku pernah cakap, aku akan bagitau. Cuma belum sampai masa. Tapi dulu. Sekarang, masa tu dah sampai. Aku langsung tak ada rasa menyesal bila kau tahu kali ni. Malah aku lebih lega, sebab tanggungjawab aku kat kau dah hampir sempurna. Sayangnya aku kat kau, lebih dari aku sayang bantal busuk aku tau?

Jangan risau. Aku okay. Aku tak sangka aku setenang ini hadap benda ni. Tuhan takkan uji aku kalau aku tak mampu nak hadap. Aku dah jauh dari Dia, ini cara dia panggil aku balik. Cuma aku ada satu saja permintaan lagi. Kau baca puisi Ana Raffali (buku dia aku ada bagi kau satu kan?) - Kau baca dan kau akan faham apa yang aku cuba sampaikan.

Sebagai Kawan.

Aku tak boleh buat kaucinta aku
Aku tak boleh bohong kaucinta aku
Aku tak boleh ubah kaucinta aku
Aku tak boleh paksa kaucinta aku

Namun sebagai kawan, 

Aku boleh harap kausayang aku
Aku boleh nampak kausayang aku
Aku boleh rasa kausayang aku
Aku boleh, hanya kausayang aku

Pernah, sayang aku sebagai kawan
membangkitkan rasa untuk cuba
mengharap-harap, meminta-minta
sesuatu yang lebih.
Dan bila kauenggan ambil peduli,
hasutan ini akhirnya letih,
lali merajuk, berhenti sendiri.

Sebagai kawan, sayang aku.
sayang aku seperti selalu.


Terima kasih Tuhan atas pinjaman ini.

p/s : Aku harap kau baca entri kali ini. Ya, kali ini khas untuk kau. Kat twitter tu terlalu umum sampai kau terlalu perasan. Opps. Hahaha. Ini jawapan untuk persoalan kau selama ini. Maaf, aku takdak kekuatan nak cakap kat kau. Nanti aku blur. Dan, ini cara aku nak bagitau kau. Selesai ye? Jangan risau. Aku hormat kau.

p/s/s : Janji untuk jadi kawan aku sampai mati? Aku gembira tengok kau bahagia dengan apa yang kau pilih. Sumpah. Jangan buang aku terus. Dan ingat, apa apa bagitau aku ya? Kau tahu kat mana nak cari aku kan? Aku ada saja kat situ. Tak, aku tak tunggu kau. Cuma aku nak teruskan hidup aku.

p/s/s/s : Sekarang kau nampak tak sapa lagi kuat? *gelak tutup mulut*

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog