Hai, Assalamualaikum gais!
Lama betul aku sidai kali ni. Bersawang dah blog aku. Entah berapa kali dah buka dashboard, tengok blog, lepas tu tutup balik. Banyak benda nak cerita sebenarnya, cuma macam biasa, hidup ni kadang-kadang lebih laju daripada masa untuk menulis. Ampun. Kerja hakiki lebih perlu diberi perhatian.
Masih ada ke yang baca blog aku ni? Kalau takda pun, apa boleh buat. Dunia dah berubah. Tiber. Haha.
Sambung sikit perjalanan bariatric aku. Sebelum aku proceed untuk temujanji kedua bulan 9 nanti, aku perlu buat beberapa ujian lagi. Tak senang-senang la nak buat benda ni gais, bukan boleh ikut dan hang nak pi buat. Unless ada 30K, ya pi swasta, laju lah. HAHA. Aku pi kat gomen saja. Berbaloilah. Ada banyak masa aku nak fikir.
So, antara ujian susulan yang aku perlu buat ialah ujian darah (sekali lagi), ultrasound, XRAY dan sleep study. Doktor syak aku ada OSA. Aku pon syak macam tu juga. Macam mana boleh syak? Kemon, badan kita. HAHA.
Tak la, punca utama dia ialah tidur berdengkur, dan macam agak dahsyat juga. Aku pun asyik penat ja setiap kali bangun tidur. PAdahal dah tidur lebih 6 jam tau, tapi masih penat. Rupanya masa tidur banyak kali aku terhenti nafas. Mujur tak mati je.
Jadi, balik dari Ipoh, aku terus buat appointment di Hospital Lahad Datu. Terus pergi jumpa pakar ENT, dia masukkan kamera dalam lubang hidung dan check dulu. Dia kata tulang hidung aku senget, ada resdung sikit dan memang sempit sikit lah saluran pernafasan tu.
So, aku diberi appointment untuk buat sleep study. Nahh, ini dia perjalanannya.
Petang Khamis (30 Julai 2026), aku pi serah diri macam biasa di hospital. Selesai urusan masuk wad semua, aku dibagi baju dan bilik khas. Memang doktor tak kacauu apa. Literally aku sorang saja kat situ. Ada tandas semua siap lah.
Boleh la kan buat ghaso ghaso hehe. So, aku pun dok melangut la kat dalam wad ni dari petang sampai jam 9 malam baru ada sorang MA datang. Dia mai pasang alat untuk sleep study tu.
Nah, begini saja benda tu. Takda la banyak wayar sangat macam dulu-dulu. Mesinnya dia lilit kat badan. Lepastu, tidur lah sampai jam 6 esok, dia auto mati bateri. Bangun dan cabut, lepastu dok diam sambung lena. Haha.
Dalam jam 8 MA datang semua, dia suruh jumpa doktor dalam jam 9. Siap pesan turun pakai baju hospital. Jangan salin baju lagi. Haha.
So, lepas selesai jumpa doktor, dan sah la aku ada OSA, cuma severe dia bilang, doktor kata takda keperluan juga nak operation besarkan saluran pernafasan, dia suruh saja proceed dengan bariatric.
So, ya, bulan 9 nanti aku bawa report tu semua jumpa doktor pakar. Dia yang akan tentukan segalanya. Oh ya lupa nak cerita. Sempatla aku pakai mesin CPAP tu dua minggu. Hospital bagi pinjam and guess what, aku rasa 2 minggu tu adalah 2 minggu yang sangat lena tidurku. Aku bangun cergas dan tak mengantuk pon. Sebab aku tidur cukup, oksigen semua masuk elok. Tapi ya la mesin tu mahai nok. HAHA. Aku nak buat bariatric supaya lepasni takda penyakit-penyakit lain datang.
Doakan aku ya!
Untuk kalian yang ada masalah semasa tidur, pegi ja jumpa doktor. Jangan takut. Baik ubat sekarang dari kemudian hari. Takut takdan berubat. HAHA.


No comments:
Post a Comment