27 February 2010

just untuk yang bergelar "HAWA"

Hawa…

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam kita dizalimi, Hak kita dicerobohi, Kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis dari kaum Adam, Tiada nilai di mata Adam. Kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka… tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia serta mendapat temapt di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik perhiasan di dunia ini melainkan wanita solehah…


Wahai Hawa…

Kenapakah engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu?

Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajarannya?

Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya?

Kenapa masih ragu dalam mematuhiperaturannya?


Wahai Hawa…

Tangan yang menghayun buaian boleh menggongcang dunia..

Sedarlah Hawa kau dapat menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh dan solehah…

Kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia…


Tapi Hawa…

Jangan sesekali cuba menarik peratian kaum Adam yang bukan suamimu..

Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu..

kerana aku khawatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah…

Dan memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syitan untuk menyesatkan Adam…


Hawa…

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh bagi ibu bapamu,

Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,

Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sampai ia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH…


Hawa…

Andai engkau belum menikah, jangan engkau risau akan jodohmu..

Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik untuk lelaki yang baik..

Jangan engkau menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki..

Jangan engkau memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum Adam,

Kerana kau bukan memancing hatinya tetapi meransang nafsunya…


Hawa…

Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khawatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan…

Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri…


Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa…

Lelaki yang soleh tidak memilih wanita kerana keseksiannya…

Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka…


Tapi Hawa…

Lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya

Lelaki yang baik tdak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana ia takut member kesempatan pada syaitan untuk menggodanya..

Lelaki yang bwarak juga tidak mahu ermain dengan cinta sebabnya dia tahu apa tujuan sebuah perhubungan antara lelaki dan wanita yakni PERNIKAHAN…


Oleh itu Hawa…

Jagalah pandanganmu…

Jagalah pakaianmu…

Jagalah akhlakmu…

Kuatkanlah pendirianmu…

Andai kata tiada cinta dariAdam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu…

Biarlah hanya cinta ibu bapamu yang member kehangatan kebahagiaan buat dirimu…

Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakanmu…


Hawa…

Cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana engkau akan memperolehi cinta dari insane yang juga mencintai ALLAH, cintailah kedua ibu bapamu kerana engkau akan memperolehi keredhaan ILAHI…

Cintailah keluargamu kerana tiada cinta yang abadi selain cinta keluarga…


Hawa…

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menghayun buaian ini dapat menggongcang dunia dalam mencari keredhaan ILAHI…

Suatu saat ada yang harus pergi, suatu saat ada yang akan dating, mungkin yang pergi tidak akan kembali dan yang dating hanya sebentar..

Wallah hua’alam bis sowwab..


p/s : marilah kita sama2 hayati ketinggian seorang HAWA..


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog