PUISI UNTUK ABAH
Aku
merenung lama-lama
ke suatu sudut yang jauh
mengingati dia
kerana aku memendam rindu
Aku
pejamkan mata
memejam lama-lama
cuba membayangi wajahnya
kerana ingin menyatakan kerinduanku
Aku
berdiri lama-lama
di satu tempat yang sunyi
menunggu kehadirannya
kerana ingin melepaskan rindu ini
tetapi aku hanya mengingatinya
membayangi wajahnya
dan
menunggu kehadirannya..
kerana
sedang aku ditumbuhi gigi pertamaku
dia sudah pergi
pergi jauh
jauh dari kehidupan duniawi..
p/s : fuad watkan puisi untuk aku guna time sajak dlm kelas..
No comments:
Post a Comment