24 May 2010

apa yang kita tahu tentang PURDAH??

Bismillahirrahmanirrahim. .



lawa tak pic nih? lawa kan?? sangat lawa. .

hari ni aku tergerak nak kongsi kepada semua pasal isu pemakaian
PURDAH. .aurat antara hujung rambut sampai kaki mmg kita takleh nak pertikaikan lagik. .tapi bab pemakaian purdah ataupun niqab nih, masih ada khilafnya. . dan aku pun jejalan la kat blog-blog yang aku rasa nak lawat. . semestinya yang berkaitan dengan purdah. . takkan pasal benda yang takdak kaitan lak kan?? :D dan mungkin ada antara kita yg tak tau kan. . so. . kita kongsi la sesama yer. . :D

Sesungguhnya isu pemakaian purdah dalam kalangan para ulama' sejak dulu lagi dan berterusan hingga sekarang. .punca semua nih berlaku sebabnya dalil-dalil pasal pemakaian purdah nih tidak terdapat dalil-dalil yang putus-putus dan jelas. .oleh sebab itu para ulama'menyatakan pendirian dan ijtihad mereka dalam memahami isu ni. .Perselisihan pendapat ini berpunca dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
(Surah al-Nur: Ayat 31).

Purdah di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.

ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang dikemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya ingin kongsi pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna.

Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan: Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.


(yang kat atas nih aku amek dari satu blog yg aku rasa info dia menarik dan padat. .aku da mintak kebenaran dia. . so, marilah kita sama2 menhayati setiap daripadanya. .aku nak tulis sendiri aku takut larik la maknanya satlagi. . so. . copy paste pun boleh. . tak salah kan?? benda baik..:D)

dan aku tertarik dgn satu lagi isi blog lain plak. . ada sorg Hmaba ALLAH tu dia ty soalan. . bernas soalannya iaitu :


Assalamualaikum ya ustaz..

saya ingin tahu berkaitan purdah..sekiranya seseorang itu ingin memakai purdah kerana ingin menutup kecantikan dibolehkan ustaz? adakah pemakaian purdah ini digalakkan utk tujuan daripada lelaki yg bkn mahram tidak mudah untuk mendekati seseorang itu kerana seseorang mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan padanya? saya kurang jelas tentang purdah ini..

terima kasih ya ustaz..

dan jawapannya lak mcm nih :

Wa'alaikum salam.

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

walahua'lam. .

hah. . inilah yg aku nak konsi ngn hmpa semua. . so. . kita takleh nak judge yg org pakai purdah tuh org terbaik punya. . yg tak pakai purdah tu sebaliknya. . dan mcm tuh jugak. . tak semsetinya org yg tak berpurdah itu jahat, yg pakai purdah tu bak malaikat. . so. apa yg kita wat biarlah berdasarkan NIAT kita. . itu yg paling penting kepada kita terutamanya sebagai seorang MUSLIM. .sesungguhnya setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat..dan. .jagalah aurat kita dari pandangan org yg tak sepatutnya lihat. .dan kiat plak mestilah istiqamah dalam setiap perbuatan kita. . yg baik2 sudahla yer. . hehe. . kalau ada yg nak pakai purdah, istiqamah la kita supaya tak timbul fitnah kepada kita kelak. . wallahua'lam. .


p/s : aku amek maklumat2 nih daripada blog2 org2 nih sebab aku rasa kalau aku wat ayat senirik..kang ada yg akan salah faham laks. . hehe. . so. .sebar2kanlah yer. .selamat beramal!



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog