06 May 2010

di manakah barisan kita kelak??

Barisan pertama:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.
Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt : "mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu
hidup mereka, mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat
kehinaan di dunia maupun di akhirat". Firman Allah "aku akan memalingkan hati orang yg sombong
serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku (yg
menunjukkan kekuasaan ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"


Barisan ke-2:
Diiringi dari kubur dlm bentuk babi hutan.
Datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg
memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka
waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk". Rasulullah
saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan
semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud,
berjatuhanlah dosa2 itu


Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.
"Mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu
mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka
adalah neraka"


Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta
amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal".


Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang
mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh
manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah
neraka.


Barisan ke-6 :
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut
Mereka-mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran


Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,​kepala ke bawah & kaki ke atas
Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah
"tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga
antara mereka"


Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh
dengan api gemuruh
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya


Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta
Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan bibir
terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg
menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama, mereka melalui titian
siratulmustakim​ seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat
lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.. Inilah balasan mereka & tempat
kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan,​kasih sayang & keredhaan Allah swt."


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu :

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran
itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada
setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan
meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangka​n jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin
sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia
meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa
bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam
Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan
setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia
mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk- ​numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk
melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan
menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia.


reposting : jannah. .

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog