07 October 2011

Roti Mayat? macam mana tuh?

Assalamualaikum.

apa habaq semua? baru nak online nih. hehe. besalah jakun mula-mula guna BB. lama-lama nanti besa la kan? hehehe. so, kat sini aku takmau cerita pasai Bobo aku. takdak pa yang best lagik. heheh. 

hari ni nak cerita pasai ROTI MAYAT. eh, apa tuh? roti buat daripada mayat ka? haha. aku dapat dea pun bila aku update status facebook petang tadik. tengok bawah ni.


ceritanya macam ni. aku maksudkan ROTI tu ialah biskut. kawan aku  mesti ingat roti cam gardenia tuh? kan Ayu? hehe. .biasalah .miscommunication ! haha. orang utara akan kata ROTI itu sebagai roti dan juga BISKUT ya. bukan tu saja. banyak lagi. yang tu nanti kita wat kelas lain pulak na? hehe. disebabkan dah terbiasa, orang akan keliru. hehe. selalu camtu. aku kalau kat kolej, selalu camtuh. hehe.

BISKUT KERING a.k.a ROTI MAYAT ni diberi nama sebab kalau kat kampung kan, time ada kematian. sapa yang mai melawat jenazah, depa akan dihidangkan dengan roti tu bersama air kopi ataupun teh o.

fuhh! sedap kot!  aku cukup suka. hahahaha. kadang-kadang ada gak bubuq kacang. ala, yang warna hijau tuh? hehehe. tapi aku tak berapa suka sangat. aku suka cicah lagu tu ja. hehe.

ni la rupanya.


haa, ni la rupanya. tapi aku suka yang ada gula .sedap tau dak? try la dulu. heheh. makan petang-petang. fuhh ! terangkatt ahhh! jenama ni dah turun temurun. ! hupseng. heheh..

so, habislah ceritanya. okey. aku nak gi jejalan blg lah. babai !

gambar semua ehsan google na?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

23 comments:

  1. ohhhh. biskut. hehe,, biskut lutut tahu?

    ReplyDelete
  2. oh...ini akak panggil biskut kering.
    kalo biskut mayat tu ade yang bulat keras kebatun nak gigit sangat seksa masa kat dining asrama...hehe...

    ReplyDelete
  3. @munira sajuti haa.. kami panggil roti banggali ! hehe. sedappp !

    ReplyDelete
  4. @zahidah seran haa. yang tu pun ada gak. banyak spesies kan kak? heheh

    ReplyDelete
  5. HAHAHA . sejarah mana dapat nama roti mayat tu memang ohsem :P

    ReplyDelete
  6. heheheh
    tulah
    ms kat U
    owg bukn utara mesti x paham
    heehehe

    ReplyDelete
  7. @aimie amalina betul. bila lagi kita nak pekena kdg2. hehe

    ReplyDelete
  8. ooow..
    haha weh malu ceq ~
    kurang kamus kebiskutan. ;P

    ReplyDelete
  9. hup seng mali.. sdap2... pasni ayu na ckp biskut ni 'roti mayat' truih. =)

    ReplyDelete
  10. Msred suka biskut ni cicah milo... Mabeles...

    ReplyDelete
  11. @HerNameIsSha hehehe. malu nape. benda baru kan u? hehehe. boleh2. bagutau kawan2. ehehe

    ReplyDelete
  12. red : hehehe. milo ! sedap lahh!

    ReplyDelete
  13. salam..

    heheh..ni rupanya roti mayat tuuu..ingat kan yg lain.

    *selalu makan..:)

    ReplyDelete
  14. tu kami panggil biskut kerin. kami pngl biskut mayat tu pulak hat yg pat segi kecik (siaz biskut kerin pecahkn mpat) ghasa tawaq gilaaa tu.. (saya bukan org utara.hehe..)

    ReplyDelete

Oh!Belog