29 December 2011

Maafkan Aku, Aku Tak Tahu.

Assalamualaikum.

agak lama jugak aku singgah kat blog usang ni kan? eh, jangan merajuk yer. aku bukan sengaja. cuma aku terpaksa menghilangkan diri buat sementara waktu. :) ada masa aku perlukan ruang untuk aku sendiri. *ohsem. lama pulak tak makan bakso. teringin eh! minggu depan balik, aku nak makan puas-puas!*

kebelakangan ni, aku jadik jiwa kacau sikit. semua yang dirancang, semuanya tak jadik. aku kadang-kadang hampir putus asa.hampir ya, tak putus lagi. tapi aku takut aku tak kuat, dan aku akan mengalah dalam masa terdekat. benda bukan boleh paksa. dia datang dengan sendiri. jangan hukum aku macam tuh.

ya, aku cuba hindarinya. bukan aku tak cuba, tapi mungkin sebab aku tak redha sepenuhnya. mungkin. ya, aku kena ubah yang mungkin itu jadi pasti! :) maafkan aku. aku cuma sedikit sentap, lebih kepada terasa, tak kot, mungkin sedih, ya, pasti sedih! bila orang salah faham dengan kata yang aku sampaikan. aku cuma cakap sama, tapi aku tahu tak serupa. dan aku masih waras untuk menyamakan mereka. aku tak berhak untuk menilai mereka. tapi aku cuma memerhati. salah aku kah? jika ya, maafkan aku.

aku akan kembali kepada sebelum ni. jadikannya sebagai pengajaran. jangan diulangi. kelak akan dikatakan BEBAL! paham dak? tak reti bahasa, HAHA. 


ada sapa-sapa paham dak apa yang aku cuba sampaikan? jika ada, anda memang seorang yang memahami apa yang aku cuba sampaikan. jika tidak, maknanya, awak-awak semua baca saya punya tulisan ni sepintas lalu. oh, mungkin nak cepat. takpe. saya tak kisah. cukup sekadar ada yang mendengar. 

saya tak pandai nak meluahkan perasaan, sebab saya seorang yang sangat jujur. HAHA! 

hah, gambaq tu sekadar gambar hiasan. kadang-kadang aku terlalu rindukan zaman nak main belon tu. la ni belon tu dah mahai . dulu sebotoi tiga kupang ja, kan?

sekian, terima kasih.

p/s : nak pi beli tiket ketapi. malasnya nak balik nek ketapi mahupun bas fight? duit takdak. hehe sapa-sapa ada keta tuh, mai amek aku kat penang boleh dak?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

9 comments:

  1. silence is the best response to a fool, sayang. and u better kill them with your kindness! biarla org nak salah paham pun.hehe...

    ReplyDelete
  2. haiyooo
    jgn susah2 ati
    mai minum teh dgn kami dulu meh :))

    ReplyDelete
  3. terasa.. sedih.. kcik aty.. pastinya mengundang kcewa kan..

    ReplyDelete
  4. tak semua orang faham dengan apa yang kita katakan dan tak semua orang faham dengan apa yang diri mereka katakan..:))

    ReplyDelete
  5. Jiwa kacau itu biasa bagi semua manusia normal. :D

    ReplyDelete

Oh!Belog