27 March 2012

Insomnia. APAKAH?

Assalamualaikum.


Adakah hampa semua penah jadi macam kat atas ni? Bila nak tidur, mesti tak boleh tidur. Yang pelik, masa yang paling best nak tidur masa dalam kelas. Tambah-tambah time lecturer atau cikgu yang cakap sangat 'kuat' dan tak penah nak wat even lawak sikit pon! Kann? Dan aku salah sorang daripada kalangan tu. Tak tipu. Masa kat KUIS dulu, aku tiap2 malam tidur pukul 2 atau 3 pagi. Nak kata aku online, dak pun. Broadband pon takdak. Tapi aku tak boleh tidur. So, aku cari-carila pasai INSOMNIA. Tau dak menatang apa tu?


Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.


Ada TIGA jenis insomnia :
  1. Susah tidur (sleep onset insomnia)
  2. Terbangun di tengah malam (sleep maintenance insomnia)
  3. Bangun lebih cepat (early awakening insomnia)

Antara sebab-sebab insomnia adalah stress akibat sesuatu masalah, tekanan di tempat kerja, masalah rumah tangga, kekecewaan atau putus hubungan cinta dan masalah gangguan jiwa. Disamping itu juga, punca lain seperti perubahan zon masa, penyakit fizikal dan pengambilan minuman yang mengandungi kafein berlebihan. Seseorang yang menghidapi Imsomnia juga boleh menjadi cepat marah dan mudah rasa mengantuk pada waktu siang.

#FAKTA : Dianggarkan kira-kira 10 hingga 15 peratus individu di dunia mengalami masalah Insomnia kronik dan daripada jumlah itu 20 hingga 35 peratus dialami oleh warga tua dan golongan wanita.

So, ni ada sikit TIPS yang dapat aku kongsikan untuk mengelakkan berlakunya penyakit ni :


* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu siang. Qailullah takpe. Sunnah.
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam. Aku pulak kalau minum kopi, kompem mengantuK!
* Jangan merokok.
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.
* Elakkan makan 4 jam sebelum tidur. Ini mengganggu proses pencernaan.
* Buang jauh-jauh segala masalah kerana esok masih ada. InsyaAllah jika dipanjangkan umur.
* Jangan membaca kerana ini menyebabkan anda banyak berfikir.
* Minum susu kerana ini mempercepatkan tidur anda.
* Ambil wuduk dan berdoa.
* Maafkan segala kesalahan orang lain.
Tapi aku selalu try yang ni : BUKAK BUKU YANG BANYAK FAKTA SPT SEJARAH. CONFIRM MENGANTUK!



So, selamat  beramal ! InshaALLAH !

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

10 comments:

  1. saya pulak,,pantang letak kepala kat bantal..teros lelap..hehe:))

    ReplyDelete
  2. info bagus!bab membaca tu takleh nak hindar..memg suke membace.hihi

    ReplyDelete
  3. Kalau ada insomnia yang early wake up tu bagus jgak. Bleh buat tahajjud kan? Hehhe.

    ReplyDelete
  4. sy la orgnye.....
    ssh nak tidoq....

    ReplyDelete
  5. er...yatt ntah la..hehe..mcm ye..

    ReplyDelete
  6. nasib baik tak insomnia..maybe sebab siang jea penat dengan keje so blik jea badan dah penat.so tido mmg tak hingat dunia..syurga la kalau dapat tido,,,hehe

    ReplyDelete

Oh!Belog