14 June 2012

Adab Ta'lim wa Muta'alim

Assalamualaikum.

Maaf sekali lagi dipinta. Baru berkesempatan nak menaip semula. Sekarang aku cuba untuk membahagikan masa aku dengan masa untuk aku tunaikan tanggungjawab aku. Aku baru masuk semester baru, yakni semester lima. Tahun ketiga. InsyaALLAH, lagi tiga sem habislah aku belajar. Doakan aku ya?
 
 

Alhamdulillah, result semester lepas pon agak memberansangkan jiwa aku. Eh? HAHA. Memberansangkan pon bolehlah! Semester ni pulak aku ambik subjek yang kebanyakkannya teori semata.

Subjek Semester 5 :

BTMD 5103 : Multimedia Content Development
BIAS 5103   : Islamic Civilization
BIAN 6102  : Islamic Psychology in Education
BIAH 5103  : Arts in Islam
BIIP 6003    : Research Methodology
BMBE 6002 : Entrepreneurship and Personal Finance
BIAF 6102  : Modern Philosophy (masih dalam perbincangan nak add)
 
Aku nak berkongsi apa yang ustazah aku ajar masa dalam kelas Psikologi Islam dalam Pendidikan. Bagi aku, menarik tahu? Kita belajar apa itu psikologi dan bagaimana hendak mengenali jiwa manusia. Subhanallah! Makanya kat sini, aku nak kongsi, bagaimana adab untuk belajar sebelum memulakan pengajian. Mari kita sama-sama amalkan!
 
Pertama, bersihkan hati dan niat. Apa-apapun yang kita nak buat setiap hari, mesti bergantung kepada niat. Sedangkan nak merompa pon ada niat, tetapi niat tu tak betullah kan. Apa yang penting niat tu mesti kerana Allah.
 
Rasulullah saw selalu bertanya kepada para sahabat setiap pagi, 'apa khabar pagi-pagi anda?'. Sahabat akan menjawab, 'Kami akan menguatkan dan menngkatkan iman kami kepada Allah setiap pagi hari.'
 
Subhanallah! Bertuahnya anda kalau ada sahabat seperti itu kan? Dan setiap hari, kita mesti ubah hati kita. Maksudnya, dari negatif kepada positif dan dari positif kepada lebih positif. MasyaALLAH.
 
Kedua, jaga waktu. Waktu yang sangat ditekankan kat sini ialah waktu solat fardu yang lima tu. Bila cukup lima tu, insyaALLAH, yang lain akan turut sama terjaga. janganlah kita lewatkan solat, insyaALLAH, bila kita jaga agama ALLAH, maka ALLAH akan menjaga kita.
 
Ketiga, sempitkan kehidupan. Jangan terlalu mewah kerana nanti kita akan cepat lupa diri. Setuju? Ibu bapa zaman sekarang patut mengajar anak dengan kesusahan. Biar mereka sendiri belajar berdikari. Jangan kita asyik sogokkan mereka dengan wang ringgit. Sebab tu la ramai anak muda zaman sekarang hilang arah tuju bila semua yang depa nak dapat, kan?
 
Sebenarnya kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan kepada kita -Fadhilah Kamsah
 
Keempat, apabila belajar, kita kena banyakkan bersabar, Sabar dengan 'kejahatan' tok guru. Jahat kat sini maksudnya kekurangan. Contoh apabila cikgu kita tu tak pakai tudung, seksi, dan sewaktu dengannya, janganlah kita mengutuk dia. Tapi sabar. Setiap daripada kita berbeza.
 
Imam Malik dan Imam Syafie berbeza pendapat. Tetapi mereka menerima pendapat yang lain dengan hati terbuka dan sabar walhal Imam Malik dan Iman Syafie itu adalah anak murid dan guru. Ini kerana perbezaan dalam mazhab itu adalah rahmat. :)
 
So, kita sebagai pelajar patut mengamalkan adab-adab ini. barulah diberkati kan? :) ok. Nak sambung buat paperwork. Seamat beramal. Okbai!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

4 comments:

  1. My parents pun bknnye slalu bagi apa yg sye nak~

    Itu sedikit sebanyak mengajar sye erti kehidupan bhwe bkn smue yg kita nak kita dpt

    ReplyDelete
  2. Mmg betul kalau hidup kita rasa sempit, kita akan lebih kuat menghadapi hidup. Menarik tips ni.

    ReplyDelete
  3. smga Allah terus bantu & permudahkan :)

    ReplyDelete
  4. hoo..best jugak kalau ko kongsi ilmu mengenali jiwa manusia ni kat sini. sehari beberapa patah perkataan pun dah cukup bermakna bg pembaca.

    ReplyDelete

Oh!Belog