27 September 2012

Didiklah Hati Untuk Redha

Bismillah.

Iman kita ni naik turun setiap masa. Bukan macam malaikat yang sentiasa naik. Sebab tu kita diuji untuk lihat kemantapan iman kita.

Hari ni nak berkongsi tentang ujian. Bukan ujian yang kat sekolah atau universiti tu. Tapi ni ujian dalam hidup kita. Makin kita diuji, makin Allah sayang kat kita. Kan Allah dah kata, 'Jangan kata diri kamu beriman selagi kamu tak diuji.'

Selalu bila kawan-kawan kita diuji sehinggakan ada yang rasa give up tu kan, kita mesti akan cakap, 'Sabarlah kawan. Ada hikmah disebalik semua ni.', 'Nak buat camna, benda dah jadi.' Tapi ada tak kita fikir, apa agaknya rasa bila kita ditempat kawan kita tu? Contohnya kehilangan orang tersayang dan tak dapat apa yang diinginkan. Susah kan nak capai tahap redha tu?



Mulut selalu cakap, redha redha redha, tapi hati ni, HATI, susah nak memaknakan apa yang mulut keluarkan tu, Sangat susah. Tipulah tak pernah rasa. Tapi kita kena paksa diri kita. PAKSA. Nak jadi baik, memang banyak ujian yang akan datang menimpa setiap waktu. Sebab tu kena paksa diri kita buat baik. Paksa diri kita untuk redha. Benda baik memang kena paksa dulu. Barulah nak jadi kebiasaan dan seterusnya buat kita kuat dan jadi redha dengan apa yang terjadi.

Cakap dekat orang, nak nasihat orang memang senang. Semudah ABC. Tai bila kena kat batang hidung kita, kompem terkebil-kebil juga apa nak buat. Bukan senang nak aplikasi balik apa yang kita dok nasihat orang. Lost jugak kan? Pasrah dan redha ja lah jawabnya. Ada beza ya antara pasrah dan redha.

Pasrah ialah bila kita menerima sesuatu walaupun hati kita terasa pedih dah perit. Manakala redha adalah apabila kita menerima sesuatu dengan seikhlas hati.

 Didiklah hati kita untuk redha, bukan setakat pasrah semata-mata. Redha dengan pemergian yang tersayang tetapi tak lupa mendoakan mereka. Redha apabila tak mencapai apa yang dihajati sebaliknya bersyukur sekurang-kurangnya Allah masih nak beri nikmat kat kita. So, jangan merungut. 

.....

Sekiranya anda diuji, bersyukurlah. Allah nak bagi kita ruang untuk kembali kepadaNya. Mungkin kita lalai dan Allah tegur kita. Kan Allah sayang kita tu?

Sekiranya anda diuji, tabahlah. Inilah ujian ketabahan yang perlu setiap daripada kita hadapi. Ujian itulah yang akan mematangkan kita.

Sekiranya anda diuji, senyumlah. Tiada apa yang tak dapat diselesaikan. Jika Dia yang bagi ujian itu, pasti dia juga ada ubatNya. Dia dah hantar 'suratcintaNya'. Tinggal kita nak baca ka takmau baca ja.

.....


 Awak, saya tahu awak kuat. Jangan cepat putus asa. Awak akan tersenyum kembali bila mengingatkan semula kelak. Masa tu, mesti awak akan lebih bersyukur sebab awak diuji sedemikian rupa. Ingat, Allah takkan uji hambaNya melainkan hambaNya itu tak mampu. Get it?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

7 comments:

  1. suke baca! kebetulan sy skrg dlm kesedihan ='(

    ReplyDelete
  2. Akak pasrah......meredhakan terima ujian Allah. Kdg keikhlasan kita di pertikaikan. Soal hati mmg sukar di nilai. Terutama lelaki, hatinya judah berubah.

    Akk minum d'masha fiber tu waktu mlm selepas 1 jam mkn mlm. Minum ni buat kita buang2 air besar tau, kalau jannah ada kelas, mcmna? Lps tu akk minum jg try2slim waktu siang, yg ni biasa je. Senang kita twit je la..

    ReplyDelete
  3. betul tu.. ALLAH uji untuk tengok betapa kuatnya iman kita..

    ReplyDelete
  4. rehho ok..^^ insyallah ada kmnisan klau bsabar^^

    ReplyDelete
  5. insyaAllah..cuba redha dgn setiap apa yg berlaku.

    ReplyDelete

Oh!Belog