15 September 2012

Kuasa MAAF [ dibaca The Power of Sorry ]

Bismillah.

Muka Baru. Suasana baru. Sedang membiasakan diri.

Secara ringkas, hari ini nak kongsi sedikit tentang Maaf. The Power of Sorry. Tahu Sorry? Ya, Maaf.

“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang membuat perkara-perkara yang baik.” - Surah Ali Imran : 134-136

Maaf sukar untuk diluahkan. Sukar juga untuk diterima. Ada apa dengan maaf tu sebenarnya? Adakah selepas kita memaafkan, bermaksud kita kalah? Atau hilang maruah bila lafaz maaf tu meniti di bibir kita?

Pernah terjadi, mulut kata kita dah maafkan, tapi hati masih mengingati kesalahan yang lalu? Ya, aku masih melalui fasa itu. Aku sudah melafazkan kata-kata maaf atas kesalahan mereka, tapi aku masih terkesan dengan apa yang mereka dah buat kat aku. Bukan bermaksud aku berdendam, tapi masih berhati-hati. Paham kan?

Maaf : membebaskan seseorang daripada tuntutan kesalahan/mengampuni mereka.

Maksudnya kat sini, memaafkan mereka dengan setulis hati dan seikhlas hati. Lakukan dengan sepenuh hati. Macam kita nak bertaubat. Berjanji takkan ulangi lagi kesalahan lalu. Macam tu juga memaafkan. Perkara yang sangat sukar, tapi jika kita berjaya, MasyaAllah, kuatnya.

'Jika kamu masih rasa sakit hati padahal dia sudahpun meminta maaf, itu tandanya kamu belum-belum memaafkannya.'

Maaf :)

“Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh." - Surah Al-Araf :199

Contoh paling dekat dengan kita, Rasulullah saw. Allahuakbar, berkat sifat pemaaf baginda tu la, ramai yang masuk Islam. Tertarik dengan Islam. Memang kita bukan Nabi, tapi perlahan-lahan belajar memaafkan. Tak apa, pelan-pelan. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Pujuk hati tu dengan janji-janji Allah. Dengan kalamullah. InsyaALLAH.

Kita pun bukannya sempurna mana. Manusia mana tak pernah buat silap. Tipulah. Kadang-kadang dengan kesilapan tu la yang mematangkan kita. Cuba letakkan diri kita kat tempat orang yang meminta maaf tu. Pasti sakit kan?

Dan kepada yang buat salah tu, janganlah sombong. Sombong untuk mengucapkan kata maaf kepada yang sepatutnya. Ikhlaskan hati. InsyaALLAH, sampai rasa tu. Sedangkan Allah itu sendiri Maha Pengampun. Ni, dosa kita banyak tak terkata ni. Tapi saat kita bertaubat nasuha, Allahuakbar. Allah ampunkan kita.

......

Sebenarnya, aku dalam proses mentarbiah diri untuk menjadi seorang yang pemaaf. Aku juga manusia biasa yang sering buat silap. Maafkan aku andai ada salah dan silap. Jangan hina aku, tapi bimbing aku ke jalan yang benar.



The moment bila kita ikhlas memaafkan, sangat best rasa tu. Betul.

Masih dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Dan salah satu sifat aku, bila orang tu buat salah dengan aku, dia datang kat aku, kemudian dia cakap, 'Jannah, aku minta maaf', dengan automatiknya aku akan hilang rasa marah tu. Walaupun pada mulanya aku sangat terkilan atas perbuatan dia. Sungguh. Aku kalah dengan perkataan maaf, Ego aku terus hilang.

Tapi jangan mainkan perkataan tu. Aku hanya betul-betul bila aku rasa keikhlasan kat ucapan maaf dia tu. Setakat ni, hanya seorang saja yang masih belum betul-betul aku maafkan. Aku mengaku. Bagi aku masa.

........

Sebelum berundur, aku mintak maaf sekali lagi. Dan marilah kita sama-sama memaafkan. :)


With Love,

cikjannah


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

17 comments:

  1. Sebab kita tidak sempurnalah kita kena maafkan org lain. Takkan lupa apa yg org lakukan pd kita bukan bermakna kita tidak ikhlas memaafkan dia, cuma kita harus beringat, mungkin akan berulang lg. Maka akan hancurlah hati kiranya kesalahan itu menjadi perkara biasa pd dia. Panjang berjela kalau nk ckp pdl maaf ni cik jannah...:-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah setakat ni saya mudah memaafkan org :)

    ReplyDelete
  3. lapangkan jiwa..pasti mudah segalanya~ =)

    p/s: sibuk tu satu hal..tp lebih kepada dlm proses mencari ketenangan & muhasabah diri..tgh fokus dgn sesuatu..tinggalkan blog utk seketika..panjang umo InsyaAllah bersua lagi kita~ =)

    ReplyDelete
  4. kita pun tak sempurna kan... husna pun kdg susah jgk nak forgive and forget, tp bila pk buat apa lagi nak kenang salah dulu, why not kita bukak buku baru kan...

    ReplyDelete
  5. ingin sgt dptkan keikhlasan tu...... :) bila agaknya dapat maafkan orang dengan ikhlas.......

    ReplyDelete
  6. mmg suka maafkan org. tp ada yg 1 ni. dah maafkan tp klau dikenangkan.. rasanya masih kuat. saket sgt hati. hmmm:(

    ReplyDelete
  7. Kadang-kadang perkataan 'sorry' mudah sangat diungkap sampaikan rasa tiada makna. Tapi perkataan 'maaf' tu memang selalu payah nak disebut sebab makna dia lebih mendalam. At least untuk Hanna la. =))

    ReplyDelete
  8. yup.kadang2 kita perlukan masa untuk maafkan seseorang.
    kita bukan sempurna so cuba jugak maafkan org yg buat salah dengan kita kan :)

    ReplyDelete
  9. ungkapan maaf tu snang, tp nak lakukan tu susah. lakukan dgn ikhlas, redha..insyaAllah =)

    ReplyDelete
  10. Allah pun tinggikan martabat org y memberi maaf syukran ye :)

    ReplyDelete
  11. really nice entry :')

    rupa2 nya maaf tu susah jugak kan..maaf kat mulut,tapi hati masih tak ikhlas..nak kena blaja memaafkan dengan seikhlas hati even susah nk dilupakan :')

    ReplyDelete
  12. masih cuba memaafkan segelintir orang. :)

    ReplyDelete
  13. Dendam lama ke dengan yang sorang tu? Akak doakan jannah akan maafkan dia suatu hari nanti. Tapi ada juga istilah forgive but not forget. Kita maafkan dia, tapi apa yg dia buat tu, tetap takkan kita lupakan. Heheh. Utk dijadikan pelajaran mungkin.

    ReplyDelete
  14. Maafkan saya juga kerana mencelah tanpa memperkenalkan diri..

    Salam perkenalan dan singgah sini.. Hik hik hik

    ReplyDelete
  15. it's easy to forgive but it's not easy to forget. even dah maafkan sume bnda.. but still asyik teringat je ape yg org buat kt siswi dlu.. :p

    ReplyDelete

Oh!Belog