Bismillah.
Tiada Istilah Perigi Mencari Timba
Aku rasa tertarik nak kongsi perkara ni dengan hampa semua. Kalau terlalu nak ikutkan adat, tak boleh. Tapi mengikut Islam, takde hal lah. Perempuan juga berhak memilih. Kan? Aku dah lama baca artikel ni, dan sangat menarik perhatian aku. Aku sangat rasa perkara ni harus dihebahkan untuk pemahaman bersama. Tak salah rasanya , kan?
Anas r.a. berkata di sisi anak perempuannya yang bermaksud : “Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda); berkatalah wanita itu: “Adakah dikau punyai hajat kepadaku?”; maka anak perempuan Anas menyampuk: “Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya”; maka Anas menjawab: “Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW.” ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Jangan pandang rendah golongan wanita yang hendak melamar lelaki pilihan mereka. Sebaliknya, berbanggalah. Tak semua wanita mampu melakukannya. Tapi kita tak boleh semberono ja. Perlu ada cara-cara yang masih berlandaskan Islam. Ingat, Islam itu mudah tapi jangan kita permudahkannya. :)
........
Apa yang perlu wanita yang berkenan dengan sang jejaka tu buat? Baca ni, nak kongsi sikit apa yang Ustaz Zaharuddin bagitau. [sumber]
Gunakan Orang Tengah. Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh difahami kepada pemuda tadi untuk membina 'rumahtangga' bersama. Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh
melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan
bertangguh dalam melakukan hal yang baik.
Ta'aruf [ baca : perkenalkan ] kepada ibu bapa atau wali dan pergi melihatnya. Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi
memperkenalkannya kepada kedua ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah
dengan kewujudan ibu bapa atau 'wali' lain di dalam majlis itu. Saudari
dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat
lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik.
Elakkan terlalu lama dan bertangguh. Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, (Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram.
Jangan hebahkan secara awam. Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan,
kerana ikatan 'janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah.
Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan.
Elak berdua-duaan. Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau
tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu
menilai baik buruk menurut Islam.
Kurangkan komunikasi. Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat.
........
Subhanallah. Indahnya bila kita ikut syariat ni. Tahan sat ja yang haram tu. Dah sah, ianya akan lebih indah! :)
Jangan kita pandang rendah dekat golongan wanita yang nak meminang lelaki ataupun pertama melamar lelaki. Bukan semua wanita berani melakukan semua ni. Tak semua ok?
Ubah persepsi 'Biar mati anak, jangan mati anak'. Kalau anak mati, sapa nak teruskan adat? Tak gitu. Lagi pula, antara adat dan syariat, mana perlu diutamakan? Dalam hal ni, ibu bapa harus bagi sokongan dan jadi pendengar yang baik. Jangan terus menghentam anak mengatakan yang 'eh, kau tu pompuan. Yang gatal sangat tu kenapa? Tak malu ka?'. Dan pelbagai lagi kata-kata yang boleh buat anak tu hilang semangat/down.
Sebaliknya, ibu bapa harus bersyukur sekurang-kurangnya anak tu masih nak jadikan anda sebagai rujukan. Jangan sampai dia buat keputusan sendiri. Masa tu, jangan salahkan anak seratus peratus. Mungkin ada salah di pihak ibu bapa juga. Masakan pokok bergoyang kalau takdak angin yang nak dok tiup dia kan?
.........
Selamat Beramal! *hugs*
Love,
Cik Jannah
btul la... kalo dh berkenan.. dan sme2 solo... elok la cpt2 merisik... memg xde istilah perigi cari timba skrg nie
ReplyDeletehuhu. betul betul. tak salah kalau perempuan yang mulakan langkah dulu
ReplyDeleteBetul.. sangat setuju. Cuma pastikan meminang atau memulakan dulu adalah seperti yang Jannah dah senaraikan kat atas tu. Itu cara sebaiknya. Zaman skrg yang jadi masalah bila pompuan tu mulakan dulu, dia memburu lelaki tu, dgn cara mengorat dgn melampaui batas. Itu yg jadi perigi cari timba.
ReplyDeletebenar.. andai ia dilakukan mengikut jalan yg betul.. :)
ReplyDeleteyup... teruskan hubungan dan segera halalkan.. Salam Aidiladha.. =)
ReplyDeletenice entry. one of my friends tak percaya bila saya kata perempuan boleh meminang lelaki. hanya kerana dalam kalangan masyarakat kita sedikit melakukannya, tak bermaksud ianya tak boleh kan. :)
ReplyDeleteada org kt umah wadi.. pompuan pinang si lelaki uhuhu
ReplyDeletesiswi sokong!! ehehe.. sbenarnya xslh pn perempuan cari lelaki.. cuma biasalah manusia sekarang nie.. tau kata org je..
ReplyDeletebetul tu kita juga berhak memilih sbb ramai llk skang dah xde teruna ^^
ReplyDeleteKLIK murid orang asal ditampar kerana tidak baca doa
i rindu u!
ReplyDeleteSetuju sangat! ^_^
ReplyDeletejgn malu buat benda yg betul ye dak :)
ReplyDeleteSy cuba memikat hati hati si 'timba'. Tp 'timba' macam x berminat je.. jika lau sy direject, ini la kali pertama n kali terakhir sy mencari.. lepas ni tunggu je lelaki cari sy..hahaha..
ReplyDelete#tebalkan muka
❤️ KEPADA LELAKI/WANITA YG BELUM BERKAHWIN NAMUN ADA MASALAH JODOH YANG TAK DATANG2..SILA BACA POST INI ❤️
ReplyDelete.
Anda Masih Belum Bertemu Jodoh? #JomDating #Lifeisshort.
.
PERKHIDMATAN CARI JODOH UNTUK PROFESIONAL DAN EKSEKUTIF BUJANG YANG SIBUK DENGAN KERJAYA MENCARI CINTA. CARI JODOH MALAYSIA
++ Pendaftaran PERCUMA.
++ Lebih dua pertiga daripada ahli kami memegang sekurang-kurangnya ijazah
Jom daftar di www.jomdating.my