14 December 2012

Mental by Shaz Johar

.بسم الله الرحمن الرحيم

Aku kat cc ni. Maka saja ambik kesempatan nak update blog. Kejap je. Kejap je. Sebelum aku lupa nak update apa. Boleh kan? Dan sebelum tu, aku mintak maaf kat sapa-sapa yang komen dia aku ta sempat balas. Agak sibuk sekarang, tak sempat nak bw. Tapi jangan risau, aku akan datang ke blog hampa. Okey?

Mesti sesiapa yang rajin baca blog usang ni, akan tahu serba sedikit pasal aku kan? Jannah. Seorang Jannah yang suka membaca novel. Dulu mungkin aku sangat sukakan novel terbitan Alaf 21, Karangkraf, Buuku Prima dan lain-lain. Bukan sekarang tak suka, cuma terpaksa kurangkan sebab makin sibuk. Tapi masih pesen beli, simpan, baca bila free. Gituu.

Cuma sekarang, aku beralih kepada keluaran Buku Fixi dan Lejen Press. Untuk pengetahuan, banyak juga buku keluaran Fixi yang aku dah ada dalam simpanan dan aku tak pernah menyesal beli pon sebab sangat best bukunya. Antara yang pernah aku baca, Kougar, Tabu, Jerat, Kelabu, Licik, Murtad. Buku pertama aku beli Murtad. Ya Allah, best tak terkata bukunya. Sangat !

Yang aku nak review sikit kat sini pasal buku Mental. dengar tajuk pon dah hampir mental tapi aku rasa aku pon dah hampir mental baca buku ni. So, awak yang dok baca ni dah mental ke belum? Belum? Mari teruskan. 

Mental by Shaz Johar
Sebelum tu, mari tengok sikit pasal penulis buku ni.

Shaz Johar gemar menulis novel-novel yang 80% intipati ceritanya berlaku di depan mata manakala selebihnya diolah untuk melengkapkan jalan cerita itu sendiri. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, dia kini berhenti seketika dari mengelilingi dunia untuk memberikan tumpuan kepada kehidupan yang lebih stabil di tanahair. MENTAL merupakan novelnya yang ketiga selepas KOUGAR dan TABU. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang penulis separa muda ini, dia boleh ditemui di akaun twitter @malayrhapsody, Facebook SHAZ JOHAR, dan celotehnya sekali-sekala dijumpai di laman blog JEJAKA ANGGUN.

Aku amek dari laman web Buku Fixi ye ni. Sama je macam dalam buku tu. Ini pulak sedikit sinopsis tentang Mental.

Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental.  Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!
Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.
Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?
MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.

Sebenarnya, bila aku baca buku ni, berpeluh-peluh aku cuba dok faham dan nak cerna apa yang cuba disampaikan. Walaupun kabur-kabur, tapi aku boleh faham. Dan, ini pendapat aku tentang buku ni.

Sangat menguji minda. Sentiasa buat aku rasa nak baca. Kenapa jadi begini dan begini. Siapa dia dan mengapa dia. Sering membuatkan aku terpaksa perah otak untuk fikir apa sebenarnya yang terjadi dan perkaitan dengan apa yang terjadi. Dengan plot penceritaan yang sangat menarik. Sesuai dengan pemikiran budak-budak zaman sekarang. Banyak membuka minda aku tentang kehidupan orang lain yang kadang tak seperti yang aku sangka. Dengan dunia yang kini semakin parah dan dengan eadaan sekeliling yang patut kita peka dan cakna. Ini novel ketiga karya Shaz Johar selepas Kougar dan Tabu yang mana kedua-duanya juga aku pernah baca. Dan sekali lagi, Mental tak mengecewakan aku. Tahniah Shaz Johar ! 

So, kepada awak yang suka membaca terutamanya, aku cadangkan cubalah baca buku ni ! Tak menyesal!

Okey okey. aku nak kena blah. Sampai ketemu. xoxo ! Ahakz !


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

5 comments:

  1. MantaP Coy
    MampIr ea di blog Ane,,
    http://ripcurl-crom.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. teringin nk baca..nt pnjam tau..hehehe

    ReplyDelete
  3. pergh rajin baca buku ni. good, teruskan.
    hehe aku ni malas mmbaca orangnya :p

    ReplyDelete

Oh!Belog