14 December 2012

Jumaat. 14 Disember 2012.

بسم الله الرحمن الرحيم .

Alhamdulillah. Baru berkesempatan nak jenguk sekejap dalam blog ni. Sudah mula menyibukkan diri dengan perkara yang aku kira lebih penting dari soal yang sepatutnya aku lupakan.

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ni, aku mohon segala urusan aku kelak akan dipermudahkan olehNya. Hari ni, petang japgi ni, lepas solat Jumaat, aku ada interview untuk zakat bank islam. Semoga aku tenang dalam menjawab segala soalan dan lancarlah hendaknya, ye? Aku ni memang cuak bab-bab kena cakap gini. Tak suka! Haha.

Harapnya ﷲ permudahkan. Zakat tu sedikit sebanyak dapat tolong bantu aku kat KUIS ni. Aku bukannya anak orang kaya pon.

Pagi tadi, dah dapat sapa supervisor untuk FYP aku. Tahu kan FYP? Final Year Project. Alhamdulillah, dapat Encik Muizz. Lecturer aku juga masa aku ambik subjek Audio and Video Technology sem 4 dulu. One of my fab subject ever.

Aku cadangnya nak buat video dokumentari. Saja mintak Cik Din letak aku bawah Cik Muizz. Haha. Dapat! Heu heu. Korang-korang, doakan aku dapat hadapi semua ni ye?

Thanks to Hatila, sebab ada dengan aku setiap waktu. Sayang kau lah! All the best FYP kau. :)

Ok. Nak pegi BPM dah. Semangat nau aku nak interview! Until then, xoxo. Bye!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

Oh!Belog