17 December 2012

Peluang Kedua. Second Choice. Jawapan di Tangan Anda.

Bismillah.

Hai awak semua. Amacam, dah baca ke Mental yang saya review macam post kat bawah ni? Kalau belum, nanti pergi try cari kat kedai buku. Kalau malas, boleh beli online saja. Pergi masuk laman web Buku Fixi. Google akan bantu awak ! Yeay !

Kali ni bukan saya nak cerita pasal buku lagi, tapi lain sikit. Saja teringat nak buat tajuk ni sejak terbaca salah satu tweet sahabat twitter, Jiha. Ini soalan dia.

Wajar atau tak kalau kita bagi peluang yang sama dekat manusia yang sama berulang kali?

Okay. Aku ada tanya kat kawan-kawan aku. Kena ambik pandangan orang sama kan? Baruah senang nak berkembang minda tu. Idokle jadi bodoh-sombong-riak-takbur nanti. So, setelah ditimbang-timbang, ditambah tolak bahagi darab, ini aku bagi summary ataupun bahasa mudahnya ringkasan dari apa yang aku tanya plus PENDAPAT aku sendiri, maka terhasillah satu falsafah ini. Awak, mohon baca ! PENTING!

......

Pertama, ianya WAJAR. Kenapa wajar? Because everybody deserves it. Amboi, speaking tau ! HAHA. Aku amek yang wajar ni dari sudut lain dari dalam hubungan dengan pasangan. Faham kan? Malas nak terang. HAHA. 

Anggap bahawa setiap orang melakukan kesalahan. Selagi mana kita bergelar insan kita tak akan pernah lepas daripada melakukan kesalahan. Mungkin pesen bebal sikit, tu yang dia dok ulang buat salah benda sama dua tiga empat lima kali tu. Mana ada manusia yang sempurna. Pasti akan ada kekurangan. Tak percaya? Gi tanya musuh kamu, mesti dia akan cari keburukan kamu. Setiap orang wajar diberi peluang kedua sebab mungkin dengan itu, dia akan melakukan yang lebih baik dan terbaik dari sebelumnya. Faham kan?

Ingat satu ja la, Nabi Muhammad saw pun sentiasa memaafkan setiap umatnya walaupun dah berkali-kali orang tu mintak maaf nak bertaubat dan peluang kedua. Tapi itu Nabi, kita lain. Memang susah kadang-kadang kan? Aku sendiri mengaku susah. Tapi sekurangnya aku mencuba untuk memberi peluang kedua. TAPI, kita perlulah amebil iktibar dan berhati-hati dengan apa yang dah jadi dulu. Dan yang dah diberi peluang tu, janganlah dok melampau buat lagi. Okay?


Kedua, ianya jadi TIDAK WAJAR. Kenapa? Yang ni aku ambik dari sudut percintaan lah kan? Cukuplah aku pernah rasa sakit kehilangan, takkan nak ulang benda sama. Mungkin orang yang kita bagi peluang tu tak buat dah, tapi sanggupkah kita bagi hati kita kat orang yang tak reti nak jaga? Gitu.

Kalau setakat peluang kedua tu, aku boleh terima lagi. Ni kalau dah masuk tiga-empat-lima-enam bla bla bla tu, macam mana? Agak-agakla kalau sayang pun. Jangan dok butakan mata sangat.

Satu ja aku pegang sampai sekarang, kalau dia boleh bahagiakan aku dulu, kenapa mesti dia sakitkan hati aku? Walaupun dah bagi yang kedua. Aku rasa hampa yang baca ni mesti boleh faham kan? Benda simple je ni.


Tengok, gambar kat atas ni boleh buat hampa faham sikit-sikit. Kan?

.....

So, boleh faham dak pendapat aku ni? Ka ada yang tak setuju? Lantak komela. Apa ada hal dengan aku kan? HEHE. Masa untuk chow ! xoxo !

'Setiap orang boleh berubah jika diberi peluang kedua.'

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

6 comments:

  1. for the first time,mungkin wajar.sebab macam awk ckp,semua org melakukan kesilapan.but kalau dah byk kali bagi still remain same je,so kita yang patut angkt kaki say good bye.

    ReplyDelete
  2. Peluang kedua wajar diberi. Cuma orang yang dapat peluang kedua tulah kena tahu hargai..

    ReplyDelete
  3. Terus terang, bila dah kahwin ni tiada kata peluang kedua. Dah suami sendiri buat hal....takkan nk tinggal, betul tak? Kena tolak ansur walau hati sakit ke hape.....
    Masa bercinta boleh la ugut nk tinggal kalau tak berubah. Jadi, sebelum ada apa2 ikatan, baik tinggalkan je org mcm tu. Syg biar berpada, jgn biar diri merana, zahir je happy sedangkan hati Allah saja yg tahu.
    Twitter akk tu saja padam, majority geng dah kawin ni tak minat twit.

    ReplyDelete
  4. Tgk jugak apa yg dia buat. Kalo besar sgt, no second chance. Kalo perkara kecik, apa salahnya bg dia peluang lagi wp byk kali.

    ReplyDelete
  5. ok entry ni kena sgt ngn situasi ara skunk.. tpi bkn kisah cinta la.. nk bgi peluang ketiga keempat ni xwajar kn.. tpi mcm kesian :(

    ReplyDelete
  6. siswi sokong! certain things.. mungkin second chance itu wajar.. certain things ia akn jadi tidak wajar.. tmbah2 kalau bab cinta.. lau btol dia nk bahagiakn kite..knape msti lukakn hati kite? ye idop?hehe.. tp kdg2 second chance la byk ubah hdup mnusia kdg2.. sbb xsume manusia reti menghargai first chance.. :)

    #mcm tulis entry da ni..haha

    ReplyDelete

Oh!Belog