18 January 2013

Hai, Saya Sayang Awak!



Hai,
Awak di balik tiang tu.
Ya, awaklah!
Tempat itu kali pertama kita bertemu.
Di balik tiang putih itu.

Hai,
Awak mungkin tak perasan kehadiran saya,
Tapi saya perasan setiap kelakuan awak.
Senyuman awak disebalik fail merah jambu itu.
Senyuman yang saya takkan lupakan sampai bila-bila.

Saya perasan semua itu.

Hai,
Awak yang berbaju biru itu,
Susah betul nak duga hati awak.
Susah betul nak tembus hati awak.
Tapi saya beranikan diri,
Mengurat, Mengejar.

Apa je saya tak buat? *hiks*

Hai,
Cinta saya dah ditolak.
Awal-awal dah kena 'friendzoned'.
Macam-macam dah saya buat.
Tapi semua gagal.

Saya okay!

Hai,
Awak jaga diri.
Awak jaga hati.
Awak jaga Iman.

Saya?
Saya hanya mendoakan dari jauh.
Saya percaya dengan kuasa DOA.
Saya tetap mendoakan kebahagiaan awak.
Senyumlah!

Saya cuma nak kabor ke awak!

Hai, Saya Sayang Awak!



Cik Jannah, 2013
Puisi ini ditulis sempena #PSPShahAlam.
Aku pun taktahu sejak bila bakat menulis puisi ni muncul.
Geli juga nak publish tapi nak bagi Nay dan Wawa baca, terpaksa.

Disebabkan aku tak dapat pergi ke #PSPShahAlam esok, hah, amek la baca puisi ni kat depan. Okay?

Perhatian : Puisi ini takde kena mengena dengan sesiapa. Hanya random berdasarkan pemerhatian dan kaji selidik. Amboi!
 

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

8 comments:

  1. anyonyonyo comelnyaaaaa!!!! ni boleh improve lagi ni, bakat dah nampak dah tu :) go sayang go!!

    ReplyDelete
  2. seronok baca . puisi yg mudah :)

    ReplyDelete
  3. kemain puisi die..hahaha.. senyum ceq baca na.. bgi la crush hang baca..haha

    ReplyDelete
  4. Hai awak, kita bukan org sastera. Xreti bpuisi, tapi kita slalu pasan tweet awk puitis. :p

    ReplyDelete
  5. ingatkan akak suka someone tadi,rupa-rupanya puisi. good job. ;)

    ReplyDelete
  6. haaa.. moh la kita ke psp hari ni jom ! hehehe

    ReplyDelete
  7. hai awk kat sana...hahahah...serupa la kte..cintakan org yg x cintakan kte..kenapakah??

    ReplyDelete
  8. Geli nak publish? HAHAHAAA.

    cool. sedap je dibaca :)

    ReplyDelete

Oh!Belog