19 April 2013

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Tokoh Kepimpinan Hebat Islam. Saya Pilih Untuk Mengundi!

Bismillah.

Tak lama lagi dah. Tak lama lagi dah. Tak sampai sebulan kita nak mengundi. So, sudah bersediakah anda? Ecece, dah macam wakil rakyat. HAHA. Sebenarnya, saja nak habaq la, aku boleh mengundi tahun ni. *lompat bintang*

Sebab tu dia punya eksaited tu lain macam sikit. Jakun. HAHA. Tak sabar nak tunggu 5 Mei. Yeay! Tak kisahla hampa nak pangkah mana pun, janji hampa tunaikan tanggungjawab memilih pemimpin. Dan dengan sebab tu aku berkobar-kobar nak update post kali ni yang berkaitan pemimpin. Jangan lupa, kita ada pemimpin hebat sehingga sekarang masih disebut-sebut kehebatan mereka.



*post kali ini berdasarkan tokoh-tokoh Islam yang aku belajar semester lepas*

Tokoh Islam yang hebat yang aku pilih untuk kongsi dengan hampa kali ni ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Subhanallah, semangat kepimpinan beliau tak dapat disangkal lagi. Hebat!

"Wahai Suamiku, bolehkah engkau memberikan sedikit masa untukku? Aku mahu berbincang sesuatu yang peribadi dengan engkau."

"Boleh", balas Khalifah yang soleh lalu mengangkat kepala daripada memandang kertas, "Tetapi, tolong tutup lampu ini dan nyalakan sendiri lampu engkau, kerana aku tidak mahu menggunakan harta rakyat demi perbincangan peribadi kita."

Isteri beliau yang sangat taat merupakan anak kepada Abdul Malik, pemerintah Khalifah Umayyah ketika itu dan juga kakak kepada dua orang khalifah yang hebat iaitu Waleed dan Sulaiman.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz setelah dilantik menjadi khalifah/ketua ialah memberikan semula harta-harta yang hak kepada rakyatnya. Dia juga telah memberikan hartanya untuk kegunaan rakyat sehingga hambanya, Mazahim bertanya, "Tuan, apa saja yang tuan tinggal untuk anak-anak tuan?"

"Allah", itu jawapannya.

Bukan itu sahaja, diceritakan bahawa pernah ada satu utusan datang menemui Khalifah Umar Abdul Aziz ketika beliau hampir tidur. Setelah diizinkan masuk oleh beliau, khalifah meminta dipasangkan lilin yang besar dan beliau mula bertanya tentang perihal rakyat kepada utusan tersebut. Utusan tersebut juga bertanya tentang apa yang diketahuinya tentang kota dan rakyat tanpa menyembunyikan satu perkara pun.

Ketika semua pertanyaan Umar telah dijawab, utusan mula bertanya kembali kepada Umar tentang diri dan keluarga Umar. Dengan serta merta beliau mematikan lilin yang besar dan menyuruh pelayan menyalakanlilin yang kecil dan hanya samar-samar cahayanya.

"Sekarang kamu boleh bertanya apa yang kamu mahu." kata Umar.

Utusan itu sangat tertarik dengan apa yang telah dilakukan khalifah lalu bertanya kepada beliau akan perilakunya memadamkan lilin. Sehingga kini dia belum pernah melihat orang melakukan seperti itu.

Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu memulakan pembicaraan tentang keluarga dan keadaanku, maka aku pun mematikan lilin milik kaum muslimin.”

Subhanallah, benar-benar mengagumkan! Segitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum muslimin, sangat berbeza dengan realiti pemimpin masa kini.Alangkah indahnya jika pemimpin kita juga mencontohi sikap Khalifah Umar Abdul Aziz. 

“Jika pemimpin kaya maka rakyat akan miskin tetapi bila pemimpin miskin maka rakyat akan kaya. Ini adalah kerana pemimpin yang kaya sentiasa sibuk untuk menambah kekayaan sehingga lupa rakyat yang susah sedangkan pemimpin yang miskin sentiasa berfikir tentang kebajikan rakyatnya yang susah.”
- Khalifah Umar bin Abdul Aziz-

 Itu dia, sedikit sebanyak perkongsian yang dapat dikongsi. Semoga PRU13 kali ini berjalan dengan lancar. Usah dilayan orang yang taksub dengan politik. ita diberi akal, fikir mana baik mana buruk.

Sebelum tinggalkan hampa, nah, layan lagu ni. Hehe.



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

Oh!Belog