31 August 2013

Berjalanlah. Bermusafirlah.

Bismillah.

Hai. Jengah sekejap. Malam ni kita sambung editing. Ya, minggu ni seorang Jannah sangat la tension. Ah, ingat seronok ke macam ni? Pening kepala, dada dupdapdupdap. Rasa kelam kelibut. Haha. Tapi, who cares. I Cares.

Tengah kelam kabut nak settle FYP dan assignment ni, aku juga kelam kabut nak book tiket nak bercuti katanya. Ada rezeki, nak ke Sabah. Dengan kawan kelas. Ya, macam nak backpacking jugakla. And you know what, aku suka berjalan. Dan salah satu impian aku, pergi mengelilingi dunia. Tengok ciptaan Allah. Tunggu aku kaya. Tunggulah. Tunggu.



Masa tengah Google bagai, aku suka nak berkongsi kepada anda semua tentang musafir. Dalam erti kata lain ialah backpacking, travel dan pusing puding berjalan tengok dunia. Eh?

Dialah yang memjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.' - Surah Al Mulk (67: 15)

Daripada ayat ni, kita boleh faham bahawa Allah sendiri menggalakkan kita pergi bermusafir. Pergi berjalan. Jelajah la seluruh pelusuk dunia pon. Pergi kenal budaya orang lain. Tapi kena la ada duit kan? Ye, aku faham, bukan semua mampu, tapi kita mampu mengubahnya. Ya, kita mampu. Antara mau dengan tak mau. Itu saja.



Bila pi berjalan dengan keluarga lain feel dia, bila pergi dengan kawan-kawan lain rasa dia, bila pi dengan yang tersayangm lain juga nikmat dia. Sekurangnya, kita ada juga benda nak cerita dekat anak cucu kita nanti. Pergh!

Cuma bagi perempuan seeloknya berteman bila nak bermusafir ataupon travelling ni. Jangan pergi sorang sorang, takut akan kejadian tak diingini. Nak pergi haji pon yang perempuan kena ada mahram/teman, inikan nak musafir. Nak elak fitnah. 

Hampa bolehla google Bermusafir Cara Rasulullah. InsyaALLAH, dipermudahkan! :)

Jadi, apa lagi? Pi la simpan duit. Hehe.

Buat kawankawan SMUM, semoga perjalanan kita kali ini akan jadi kenangan indah. Doa moga Allag mudahkan. Okay?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

2 comments:

  1. fuhhh ke sabah lah orang tu :P kita pun suka backpacking ni , perghh best tu ,, bulan depan kita PLAN nak ke penang , travel el0k2 k dear.. :D

    ReplyDelete
  2. Berjalan mengembara memang best...boleh tambah pengalaman luas pemandangan

    ReplyDelete

Oh!Belog