13 September 2013

Awak, Mengalah Bukan Beerti Kalah.

Bismillah.

Semalam masa dalam perjalanan ke Nilai menemani seorang sahabat atas satu urusan,  masa dalam kereta tu, tiba-tiba dia bersuara.

" Jannah, saya nak tanya satu soalan la kat awak ni. Tapi sekadar minta pendapat lah ye."

Aku macam biasa, memang suka bercakap dan bersembang. HAHA. Aku seronok bila orang tanya aku dan mintak pendapat. Sepertinya aku masih boleh dipercayai atau diharap untuk memberi jawapan. Oh, rupanya tentang persahabatan. Ah, sahabat. Rapuhnya. AKu sangat mementingkan soal persahabatan. Kerana mereka aku jatuh dan bangkit semula, kerana mereka juga aku menjadi seorang yang tegar berdiri sekarang.

" Apa pendapat awak bila salah seorang daripada kita asyik mengalah saja dalam berkawan ni? Kita betul atau dia je yang betul? "

Okay. Sebenarnya ayat dia lebih kurang je macam ni. Aku pun ingat ingat lupa. HAHA.

Mengalah dalam persahabatan? Uish, tipulah kita tak perlu mengalah. Kadangkala kita perlu mengalah untuk mengelakkan perkara lain timbul. Tapi sampai satu tahap, aku pon tak larat nak mengalah saja. Sampai bila kan? Hati aku pon penat juga. Tapi itu lah. Nak jaga hati kawan lagi. Mengalah juga. Hmm.



Tipulah dalam berkawan ni langsung tak pernah bergaduh dan terasa hati. Tipu sangat. Aku pernah rasa dan aku banyak pujuk hati aku. Aku kata, takpala. Dia ada masalah tu. Ya, dia tengah ada masalah. Takkan kita nak terus menghukum dia. Kita sebagai kawan kena faham la. Mungkin ada masa dia hanya perlukan ruang untuk dia sendiri. Seorang diri. Cukup masa, dia akan datang kepada kita jugak.

Dalam berkawan juga kita tak perlu terlalu nak mengharap kawan kita tu faham kita. Dia juga punya rasa seperti kita. Dia juga harap kita dapat memahami dia. Ya, hanya faham dia. Dan paling penting, jangan simpan dalam hati. Tak puas hati, terus cakap dia. Dia akan marah pada mulanya, mungkin, tapi lepas tu, dia pasti akan sejuk. Okay?

" Saya suka tengok awak dan Tila berkawan. Awak dengan dia macam senang berterus terang. Awak pulak selalu cakap terima kasih dan maaf kat dia. Dan dia pulak melayan je awak. Mungkin kita perlu jujur dalam persahabatan, kan? "



Okay. Ayat ini pon diolah sikit sebenarnya. Aku lupa juga. Tapi masa dia cakap macam ni, aku dah bergenang juga ayaq mata. Tapi cover la kan. Dia tak nampak sebab dia drive. HAHA.

" Saya sebenarnya rindu waktu saya dan Tila bersama-sama. Sangat rindu. Cuma sekarang saya faham, di ada masalah dia. Saya doakan dia supaya dia kuat. Allah uji doa, sebab dia mampu. Saya pun tak tau mampu ke tak kalau saya kat tempat dia." - Aku.

Mengalah bukan beerti kalah, cuma kita tersenyum menghadapinya. Kan?



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog