10 September 2013

Tahniah Buat Para Graduasi!

Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ni dah lepas satu sidang konvokesyen meraikan mahasiswa yang sudah berjaya menamatkan pengajian mereka secara rasminya di KUIS. Tahniah tahniah.

Ah, tak sabar pulak nak tunggu saat aku naik atas pentas konvokesyen kelak. Masa Asasi dulu takde konvo bagai. Hanya sempat join Majlis Anugerah Dekan saja. Huuu. Tu pon dia gabung ketiga-tiga semester. Tapi, dapat la jugak rasa kan? HAHA. Cuma sesejak Anugerah Dekan naik ke 3.75 ni, mahu merangkah juga nak capai target tu. Sipi sipi. CUma bukan rezeki lagi. Dah sem hujung hujung ni kan.

Oh, ini Throwback masa Majlis Anugerah Dekan (ASASI) 2010. Sedang menunggu giliran.
JAdi, sempat la aku 'pinjam' beberapa keping gambar daripada page KUIS di Facebook dan beberapa orang kawan. Nak share kemeriahan yang tak berapa meriah sangat ekstival ni. HAHA. Sebab aku busy dengan FYP.

Pelajar Terbaik KUIS.

Oh, ini gambar classmate aku dia konvo diploma tahun lepas. Ni saja ja. Maaf Kak Farah!

Graduan yang hamil sedang menunggu hari. Tahniah Kak!

Maaf lah ye. KUIS ni memang tak pakai topi konvo tu. Hehe. Jangan tanya kenapa. Kami ni rare katanya. HAHA. Biarlah rare, takkan semua benda nak ikut orang kan?

Buat semua mahasiswa yang sudahpun grad hari ini dan esok, Tahniah aku ucapkan. Semoga ilmu yang anda ada dapat dimanfaatkan sebaiknya! Amin.

Jadi, bagi yang berkelapangan, hari ini dan esok, datang la KUIS.  Ada pelbagai aktiviti menarik! Ayuhh.
Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

Oh!Belog