08 September 2013

Konvoi Raya SMUM 7, 7 September 2013.

Bismillah.

Syawal dah habis, kami baru sempat nak pergi konvoi raya ke rumah kawan-kawan kelas. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan. Walau ada sedikit ketegangan di tengah-tengah perjalanan, tapi masih selamat menghabiskan TUJUH buah rumah. Ya, tujuh saja. Nasib baik aku duduk Penang. Kalau tak, mesti rumah aku antara yang dituju. HAHA.

Mana nak pergi? Banyak. Sikamat - Lenggeng - Hulu Langat - Cheras (BTR dan BTS) - Gombak - Shah Alam. Hah kau. Ini semua, untuk kenangan. Terima kasih Razin utk potret ini. Dan juga Wira dan Dyana.

Kami memulakan perjalanan seawal 7 pagi. 7 pagi melayu jadinya. Kenapa? Biasalah, kabo pukul 7 kita mula, 730 juga mahu mula bertolak. HAHA. Tapi baguslah juga. Persediaan awal. Haha. Masa kami keluar tu, embun pon dok ada lagi. Nak konvoi raya katakan.

Bukan senang nak berkumpul macam ni. Lagi pulak kami ni semester akhir. Jadi, masa yang ada, kita guna sebaiknya. Tak gitu?

Rumah pertama kami sampai pagi tu untuk sarapan tapi makannya pula lauk tengahari ialah rumah Azim. Kat Sikamat, Seremban. Masak lemak cili padi yang power! Sodap weh. Pedas dan pedas! Ada sayur dan ikan goreng apa tah yang kecik kecik tu. Yang aku ratah saja tu, Dan kuih pelita yang yummy! Thanks Azim.

Lokasi : Rumah Azim, Sikamat.

Rumah kedua pula, kami ke rumah Wira Azhar. Di Lenggeng. Dekat juga dengan rumah Azim tadi. Sesampai rumah dia, yang best, ada BANYAKKKKK kucing. Haaaa, rindunya nak bau kucing. Kucing yang sangatttt comel. Mak Wira masak sedap jugak. Ayam goreng tu, aku sental tiga ketul. Masak lemak lagi lontong lagii. Ahhhhh, tekanan. HAHA.

Lokasi : Lenggeng. Rumah Wira.

Haaa, kat rumah Wira banyak shot menarik. Terima kasih Razin untuk gambar yang sangat ohsem. Nanti aku kahwon, hangla fotografer nya. Boleh??

Antara shot yang aku sangat suka! HAHA.

Dan ini yang PALING aku suka. Acap sangat sporting. Heee.
Rumah ketiga pulak kat Hulu Langat. Rumah Zafirah. Masa ni lama sikit. Ada masalah teknikal. Dan sempatlah rehat rehat. Tengok hindustan. Hee. Rumah firah best sebab sejuukkkk. Pukul 330 macam pag lagi sebab atas bukit. Weee..

Lokasi : Hulu Langat, Rumah Zafirah.

Seterusnya, rumah keempat, rumah Acap di Bandar Tun Razak. Macam biasa, bila orang Johor, mestilah soto yang power. Mak dia punya soto sedap dan mee udang tu. Haaaaaa, hauliouuu! HAHA. Dan, sedih sebab tak sempat buat karamel. :( HAHA.

Lokasi : Bandar Tun Razak, Rumah Asyraff.
Lepas tu, kami bergerak ke rumah Razin di Bandar Tasik Selatan. Rumah kelima untuk hari tu. Mak dia punya ayam masak merah, power. Request jugak ni sebab tahun lepas mak dia masak tu. HAHA. dah nak maghrib pon sampai rumah dia. Masa tu muka masing2 dah nak habis tenaga. HAHA.

Lokasi : Bandar Tasik Selatan, Rumah Razin
Fuhh. Penat. Penat sebab kenyang. HAHA. Lepas maghrib kat masjid, kami bergerak ke Gombak. Danau Kota. Lagi penat sebab jem teruk. Sampai saja, pekena mee kari dan nasi lemak. Haaaa, nape mak Adam masak sedap sangat? :( Tak boleh berhenti. Huuu. Kucing dia siap cakar muka aku. Kekekee. Tapi sebab kucing, takpa! Sayang. HAHA.
Lokasi : Gombak, Rumah Adam

Ini Bubble Adam. :) Gemukkkkk!

Dan yang terakhir, rumah Faiqah. Maaf Iqa, kami sampai Shah Alam tepat puku 12. 12 malam. Nasib kami dah bagitau pak guard yang kami konvoi dan bagi nama serta no matrik. Kalau tak, tak boleh masuk. :( Sempat la bungkus dua tiga jenis makanan. HAHA. Zaid tu ha zaid.

Lokasi : Shah Alam sek 13. Rumah Faiqah.

Jadi kawan kawan. Terima kasih untuk hari yang indah ini. Walaupun penat gila, dengan tak cukup tidur sebab FYP dan macam macam keja lagi, walaupun ada halangan tengah jalan, tapi kita tetap bersama. 

Terima kasih kawan kawa untuk potret ini. Seterusnya, Sabah. :) Moga Allah permudahkan urusan kita. Semoga ukhwah kita berkekalan. :")

love,

Jannah.


Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog