08 October 2013

Ikhtilat.

Bismillah.

Ikhtilat.

Ramai antara kita yang kini terlepas pandang isu ikhtilat. Takpayah tuding jari ke orang, kadang kala ni diri sendiri ni, terlepas laku. Manusia. Adakala alpa, adakala lalai. Biasalah. Tapi bila kita dah sedar dan tahu, kita wajib untuk ubah diri kita. Kita wajib untuk letakkan batas-batas pergaulan.

Apa itu ikhtilat?

Yang dimaksudkan dengan ikhtilat ialah percampuran wanita dengan lelaki sama ada  secara bersendirian ataupun berkumpulan. Jadi, mesti kita nak tau, apa hukum ikhtilat dalam konteks macam ni kan?

Secara asasnya pergaulan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya haram. Kalau Haram, macam mana pula kita nak bersosial, nak bekerja, nak belajar dan nak bermuamalat?

Alhamdulillah. Ahli Sunnah wal Jamaah mengambil pendapat yang pertengahan, iaitu bersederhana dalam percampuran antara lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan juga tidak menghalalkan secara mutlak.

Awak boleh baca dan fahamkan gambar di bawah ni. LENGKAP. Terima kasih kepada penulis sebab kongsi ilmu ini!


Apa dia pula salah faham tentang isu ikhtilat ini?

1. Jumlah lelaki dan wanita dalam satu keadaan tidak mengubah hukum dan adab ikhtilat.
  • Ikhtilat ini adalah percampuran lelaki dan wanita tanpa mengira bilangan.
  • Khalwat ini ada dua maksud. Satu maksud yang kita sering dengar ialah keadaan di mana lelaki dan wanita berdua-duaan TANPA mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum Islam dan mampu menegur) dan satu lagi maksud ialah keadaan apabila Rasulullah menerima wahyu di Gua Hira'. Baginda sedang berkhalwat seorang diri semasa Jibril datang membawa wahyu. Wallahualam.
2. Fizikal (tubuh) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilaf.
  • Ikhtilat tu bukan saja boleh berlaku masa ada lelaki dan wanita, tapi boleh juga berlaku semasa chatting, telefon, sms dan lain lain lagi cara komunikasi sekarang. Dalam ikhtilat moden kini, perkara yang dilarang perlu dielakkan.
  • Antara yang sering berlaku ialah bila timbulnya istilah adik angkat abang angkat kakak angkat dan semua yang terangkat tu dengan alasan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu.  
Jadi, semua yang aku tulis ni, aku ulas sikit melalui pembacaan buku dan rujukan di blog INI. Boleh pergi tengok sana jugak kalau tak percaya. HAHA.

Jadi kawan kawan, sebab sayang hampalah aku pesan, jaga ikhtilat. Jaga batas pergaulan. Okay?
Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

Kawan Dunia Nyata atau Dunia Maya?

Bismillah.

Alhamdulillah. Dah boleh berbahagia nak online, nak update blog, nak buat apa-apa saja la. Dah boleh dah boleh. Tapi sebenarnya boleh tahan bosan juga tak buat apa-apa ni. Dok krik krik jugak aku. HAHA.

Okaylah. Boleh mengaku kan rindu nak buat FYP? Rindu nak tension sebab study? Rindu nak ke kelas dan presentation dan tidur masa ustaz/ustazah ngajar? HAHA. R-I-N-D-U.

Aku perasan satu benda la, dah lama aku perati. Dan kali ni aku rasa terpanggil nak kongsi. Pasal kawan. Bila kau berkecimpung, amboi, dengan dunia maya ni, aku tengok ramai beno berbulatbulat [dibaca : circle] bagai. Aku tak faham kenapa mesti ada puak semua tu?

Mungkin di sini, kita nak kenal kot, mana kawan mana lawan. Contoh kalau si A bergaduh dengan si B, masa tu kita nak tengok apa si C, D , E, F sampai Z buat. Adakah dia nak turut serta back up geng masing-masing dan terus tak kawan dengan musuh kawan depa, atau dia akan duduk diam, perhati dan buat macam biasa, atau dia akan cuba leraikan pergaduhan. Open table omputih kata.

Tapi selalunya, ramai yang pesen bermuka-muka. Depan kita kemain macam malaikat, puji tinggi langit ketujuh. Belakang kita, tu diaaaa. Dia punya kutuk, makan dalam. Selalunya lah. Bukan semua macam tu.

Jadi, ada beza kawan dalam dunia realiti dan kawan dengan dunia maya ni. SERIUS. Aku curi sikit ayat daripada kawan aku. Masa ni kami sedang semangat memerah otak untuk memberi pendapat masing-masing. Okay, aku tipu. Dia ja cakap, aku angguk ja.

Bila kawan dengan dunia nyata ni, in real life orang kata, dia lain. Bila jenis tikam belakang atau pesen suka buat khianat ni, kita nampak, direct. Kita boleh terima lagi dan kita boleh tahan sabar lagi. Kawan yang di dunia nyata ni juga, sah sah la lebih realiti. Habis kuat dia suka menipu pon takmau orang tengok dia rendah. Atai dia gila. Imaginasi TINGGI.


Bila kawan yang kita kenal melalui dunia maya ni, sebaiknya, pandangan aku, lebih selesa kekal dengan dunia maya. Tak sesuai dibuat kawan dunia nyata juga sebab dia punya situasi akan berbeza. Sangat berbeza. Kebanyakan orang yang di dunia maya ni, dia banyak yang palsu. Ini juga berdasarkan beberapa bahan bacaan dan kajian aku baca. Palsu. Okaylah. Fake. HAHA.

Bila kita kenal dia in real life, tak mustahil kita atau dia sendiri akan tak suka dengan perangai sebenar kita/dia di dunia nyata. Tak percaya, cuba la. Ajak lepak, lepas tu kau tengok, mana yang akan terus jadi kawan kau.

Kenapa aku cakap macam ni sedangkan dalam Islam mengajar kita untuk berkenal-kenalan? Sebab aku rasa. Aku dah rasa apa aku cakap ni. Aku tak suka sebab sebab perkara kecik, small matter, sebab pesen bawak mulut, batu api, sebab cemburu, akan putus persahabatan. PUTUS.

Tahu apa hukum putuskan persaudaraan? Tahu apa hukum bawa mulut cerita kat orang? Tahu apa hukum mengumpat? 

Berdosa. 

Cukuplah dosa yang banyak terpalit kat aku, jangan diajak lagi aku menambah dosa. Ya, aku tahu, Islam mengajar kita untuk kawan dengan semua orang. Islam juga mengajar kita untuk tidak memilih orang nak berkawan. Tapi jangan lupa, Islam juga mengajar kita untuk tengok dengan sapa kita berkawan.

Aku kawan dengan semua orang, tapi bagi aku pilih sapa sahabat aku.

Kalau aku kenal kau dengan dunia maya dan kita dah mula menjadi kawan di dunia realiti, aku harap kau akan kekal jadi kawan dunia nyata aku. Hati-hatilah dalam dunia maya ni. Bahaya.

Cuma pesan aku, pada yang mendengar cerita buruk tentang aku dan kawan-kawan aku, mohon bertanya dahulu sebelum mula sebarkan cerita. Jangan terus mendengar sebelah pihak. Kita punya hak untuk memilih dan kami juga punya hak untuk memberi penjelasan.

Terima kasih untuk persahabatan yang telah kau hulurkan. Terima kasih kawan dunia nyata. Terima kasih kawan dunia maya. Engkau, kawan aku.

Titik.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

06 October 2013

Suka Ke Tak Suka?

Bismillah.
Curi masa kejap nak update. Serius, rindu. Esok, last paper untuk semester ini. Paper programming. Subjek elektif. Itu lah orang kabo, gagah nak ambil subjek yang tak dak kena mengena dengan kos, susah memang susah, tapi jujur aku cakap, seronok juga belajar Java Programmming. Lepas ni aku dah habis belajar. Hanya tinggal praktikal saja. Harapnya takde la subjek kena repeat. Harapnya. Amin. Doa dan usaha sudah, tinggal tawakkal kepada Dia.

Aku dah lama perhati sebenarnya, kebanyakan orang sekeliling aku tak kisah la sama ada dalam dunia realiti mahupun dunia maya, hatta diri aku sendiri, aku duduk balik sorang-sorang, aku audit diri, persoalan yang seringkali bermain-main di minda, kenapa bila kita tak suka si polan ni, kawan kita yang lain yang langsung tak pernah ada kaitan dengan si polan tu turut terkena tempias tidak suka tu?

Okay, faham tak? Ye la, aku terangkan sikit.

Kau bergaduh dengan si A dan sah sah la kau tak suka dia kan, lepas tu kau pun bawak mulut dan ajak kawan-kawan kau yang kebetulan dia kawan kepada orang yang kau tak suka tu untuk tidak suka dia jugak. Hah, panjang lebar!



Okay, kalau tak faham, ulang baca banyak kali. ULANG. Okay?

Kau ada kawan macam tu? Tipu kalau takdak. TIPU. Mesti ada walaupun sorang. Atau kadang-kadang diri kita sendiri. Kita mana nak sedaq. Ye dak?

Jadi bagi aku, sebab aku rasa dulu pun aku teruk juga. Jahat juga. Mungkin bila dah besaq ni, dia sedaq dah, mana lebih baik, mana lebih buruk, mana aku patut teruskan, mana aku patut tinggalkan, aku rasa kita tak patut dan tak molek buat lagu tu. Mana boleh ajak orang lain untuk tak suka orang yang kita tak suka. Engkau kalau tak suka, kau tak suka je sorang-sorang. Kau jangan bawak mulut ke kawan kau yang lain, burukkan dia. Tak molek.

Cuba bayangkan kau kat tempat dia. Padan muka kau. Sakit tau rasa tu. Plus rasa malu. Up sikit, boleh rasa terhina. Serius.



Minta maaf kepada sesiapa yang aku pernah terlepas laku gitu. Dan orang yang aku kenal, kalau gamak dia sedar yang dia pernah, sedang atau akan bawak mulut ajak kawan lain untuk tak suka orang yang kau tak suka, meh mintak maaf meh sementara aku masih ada hati. Jangan sampai aku tengok nama kau pun buat aku meluat. Hiks.

Jadi, itu je la nak kabo. Aku nak sambung study! Bye.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

01 October 2013

Piknik di Ulu Yam, 25 September 2013.

Bismillah.

Sehari sebelum viva khamis tu, kami satu kelas plan nak piknik. Asalnya nak imbau kenangan kat Sungai Tekala ja, tapi entah cemana tah tetiba salah sorang cadang nak ke Ulu Yam. Hah, cipta kenangan baru. Jadi, ketua rombongan yang dipilih kali ni ialah Razin. Dia yang nak sangat ke Ulu Yam. Haha.



Ah, sebenarnya aku sedih. Acap la ni dok ulang cakap. Empat orang antara kami, insyaALLAH semester depan hanya tinggal praktikal. Dan beberapa orang hanya tinggal FYP2 dan tesis. Jadi, ada yang takdak kat KUIS dah sem depan. Sebab tu sedih sikit. Okay, bukan sikit. Banyak.

Ini bukan perjumpaan kita yang last okay? Ada banyak masa lagi. Banyak. Melainkan salah sorang daripada kita dijemput kembali. Itu, mungkin terakhir.



Kami diberi arahan nak kena bertolak ke Ulu Yam seawal 630 pagi. Yela juga, Bangi dengan Selayang tu bukan dekat macam Bangi ke Sungai Tekala kan? Tapi kami terlewat setengah jam, maka tabahlah kami mengharungi jem yang dahsyat! HAHA.



Sampai sana dah pukul 9. Awal lagi. Awal. Nasib lah port Razin bawak ni best. Dan bestlah! Masa sampai tu, pakat ramai ramai lah mengangkut barang barang. Ingat tak banyak? Mana beg sendiri, hadiahnya, barang makan tikar bagai. Uish, power power. Dahla budak laki kelas aku bape ketul sangat. HAHA.


Nak cerita apa sangat ek? Biasalah, pergi berkelah kat air terjun, apa je boleh buta selain mandi makan mandi makan ? HAHA. Dan kami ada lah main tukar hadiah. Sebelum tu dah cabut nama dulu. HEHE. Woi, sedihlah gini. Sem depan nak keluaq mana-mana ajak aku woi! AJAK!

Dan satu pengalaman baru, aku tak sangka, aku memancing dapat ikan! HAHA. Walaupun kecik dan hanya empat ekor aku dapat, okaylah tu kan? Excited kemain. Razin, nanti nak pi mengail ajak aku woi. Syiokkk wooo. Hehehe.

Dan, macam biasa, bila dalam kelas aku ni, sorang memang photographer yang aku suka sangat gambar dia amek dan videographer yang memang mana-mana dia suka sungguh buat video. HAHA. Jadi, izinkan aku share video Wira ni ye.

Hey kawan-kawan, kita kan SMUM. Mana pergi, ukhwah kita sampai mati. Jangan lupa kawan. Nak buat FYP2 nanti, rojer aku. Aku tolong ! Okay?

We're SMUM'ians

Muka mengantuk
Hadiah utk Aqilah!
So, semoga semua selamat dan Allah permudahkan urusan. Jangan Sedih-sedih, sebab sampai satu masa, kita tetap akan berpisah. Tak berpisah sekarang akan datang.
Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

Oh!Belog