12 November 2013

Seharian di Penang Art Wall Street

Bismillah.

Menjadi satu kewajipan bilamana cuti semester atau pertengahan semester, kami mesti akan keluar bersama jika balik kampung. Cuma kali ni hanya 4 orang saja yang ada kat kampung. Yang lain tak balik dan tak bercuti.

Jadi, disebabkan Ecah dah gatai ajak aku pi Penang Art Wall Street tapi dia tak jadi pi hari tum macam nak marah pon ada, tapi takpa, Miss Nina si penyelamat ada! Yeayy. Sebenaqnya, nama ja orang Penang, tapi aku bukan selalu pi jalan jalan kat tanjung sana. Mana nak reti jalan. Agak nak sesat jugak la. Tapi berkat pepatah, malu bertanya sesat jalan, aku pun tanya la orang orang sana. Tak paham arahan, last last kami pi tanya polis. Hah, selesai. Dia siap lukis peta.


Orang kata, kalau mai Penang, bukan setakat nasi kandaq ja, ni antara salah satu tarikan juga. Pelukis dia bukan orang tempatan iaitu Ernest Zacharevic. Amboi nama Berbelit nak menyebut.


Itu dia pelukisnya. Mestilah kena bergambar kann? Hehehe. Kami sempat pi dalam dua tiga lukisan ja sebab masa tu start hujan. Kat sini susah parking. Memang kena jalan kaki. Menurut amoi jaga parking, dia kata, pelancong akan ambil masa sekurangnya 4 jam untuk berjalan keliling cari lukisan tu. Ada juga perkhidmatan sewa basikal dan motosikal.


Satu je la gambar kasi. Malas nak upload banyak banyak. Line tak laju. Jadi, nagi sesiapa yang nak datang Penang, jangan lupa mai sini okay. Dekat je dengan Masjid Kapitan Keling dan Nasi Kandaq Beratur. Jalan tengok budaya orang, menarik okay. Jangan risau, tak payah bayaq. Free sebab tepi dinding ja depa lukis. Hehe.

Dan satu lagi, aku rasa hampa patut masuk kat Camera Museum. Serius, menarik! Buat peminat kamera, pegila. Untuk student RM10. Kalau bukan student, RM20. Berbaloi. Superb! Okay?

Jadi, apa lagi. Jom visit Penang. Dan jangan lupa hujung tahun ni, Pesta Penang! Okay. Pasti meriah! :)

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

1 comment:

  1. hakhak,,sori la..skurang-kurangnya kt dh bg idea mnarik,,,hehehe

    ReplyDelete

Oh!Belog