Bismillah.
Terpanggil untuk berkongsi sesuatu. Palestin. Entah apa khabar saudara kita di sana agaknya? InsyaAllah, Allah akan jaga mereka. Itu pasti. Tapi kita ni takkan nak duduk berdoa saja kan? Nak berjihad di sana kita tak mampu, apa kata kita cuba cara lain? Contohnya bersedekah kepada mereka. Apalah sangat RM10 untuk bersedekah? Kan?
Jadi, aku terbaca seorang sahabat share post daripada Aman Palestin di Facebook. Nak bantu saudara kita kat sana kan? Hah, ini salah satu caranya. Meh la tolong! Apa tunggu lagi!
Ada tiga cara yang boleh digunakan. Paling minimum kita boleh derma ke saudara kita ialah dengan Autodebit Maybank. Oh, ini hanya untuk pemegang kad bank Maybank. Anda hanya perlu PM (private message) ke Facebook Aman Palestin Nama, Alamat, No Telefon dan Emel. Nanti depa akan email anda borang. Okay?
Bagi pengguna kad kredit, anda boleh cuba cara ini.
Haaa, boleh la tekan LINK ini. Sebulan RM50. Okay kan? Dan yang paling senang ialah melalui SMS. Sumbangan maksimum ialah RM10. Kalau nak bagi RM20, apa lagi, buat dua kali la. Ala, undi AF boleh, sumbang RM10 tak kan berkira kannn?
Jadi, tak payah bising kata nak berjihad sana sini, tapi apa pun tarak. Meh kita bantu saudara kita ni. Okay? Moga bermanfaat! :')
akak berminat nak menyumbang. Tapi.... akak takde kad kredit.
ReplyDeletetakpe akak. yang ni debit kad.
Deleteinshaallah. thanks for the info :)
ReplyDeletesama sama. :)
DeleteKita bantu mereka makan utk sehari lagi. Sedekah lah. Ada kasih sayang di situ
ReplyDelete