05 December 2013

Banjir Di Pantai Timur 2013

Bismillah.

Keadaan banjir di kawasan pantai timur semakin membimbangkan. Aku tengok dekat Kuantan pon air dah naik tinggi. Dekat Terengganu apatah lagi. Ini perkara yang selalu terjadi ketika hujung tahun menjelang musim tengkujuh.

Dalam kekalutan kita menyelamatkan nyawa anak-anak, ibu bapa, adik abang kakak, datuk nenek dan semua yang terlibat, jangan kita ada juga nyawa lain yang sedang bertarung menyelamatkan diri daripada banjir iaitu haiwan. Sedih tengok orang yang biarkan kucing dan beberapa haiwan ternakan mahupun peliharaan terkapai-kapai nak selamatkan diri daripada banjir. *masa taip entri pasal kucing ni pon dah nak berkaca mata*


Kesian meow meow yang kesejukan. Kesian itik-itik yang kebasahan. Kesian anjing nak cari tempat berlindung. Jika kita sempat dan nampak mereka, selamatkanlah. Kalau tak boleh pon, panggil bomba. Mereka pun sentiasa berzikir dengan Allah dan mendoakan kesejahteraan kita semua.

terharu tengok Pakcik ni. :)

Terima kasih kerana menyelamatkan kucing itu!
 Tetiba emosi kan pasal kucing? Ah ah, aku pencinta kucing kot. Pernah dengar orang kata ayat ni tak?

Orang yang suka binatang ni orang yang penyayang. Dia bila dia sayang, dia akan sayang betul baik punya! Hehe. 

Eh, lari topik sikit. HAHA. Okaylah. Apa-apa pun masa banjir ni, jaga jaga. Baik baik. Tengok anak-anak yang dok main air tu. Kang lemas satu hal pulak. Dan jangan lupa kucing. Tolong selamatkan mereka.

Nah, aku sertakan sedikit doa untuk kita bersama.
 
Doa Semasa Angin Kencang
Doa Menolak Banjir
Doa Menolak Banjir
 p/s : Gambar adalah ehsan Google dan page Dunia Kucing

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

2 comments:

  1. mana jannah dpt gmbr kucing tu. sweetnya walaupun sedih sgt tgk gmbr2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dapat dalam group Dunia Kucing kat fb kak. kan? kesian kucing kucing ni.

      Delete

Oh!Belog