19 December 2013

Kucing Pun Ada Perasaan

Bismillah.

Kucing. Salah satu makhluk ciptaan Allah yang agung. Walau hanya seekor binatang, tetapi dengan tengok saja gelagatnya bisa buat aku hilang stress, hilang rindu dekat kucing aku dan buat aku senyum walau aku tengah sedih.

Walau masih ada segelintir yang tak suka kucing, tapi takpe. Kita abaikan yang tu kejap. Biasalah, mungkin diorang alergik atau sensitif dengan binatang berbulu ni. Mungkin. Cuma yang paling sedih bila ada sampai tahap bakar kucing, potong kaki dan sebagainya. *lap air mata* . Itu kejam. Zalim.


Sebenarnya, aku rasa nak post entri kali ni sebab aku tengok gambar kat atas ni. Serius, menangis aku tengok. Hoi, ibu kucing pon sayang anak dia. Kau tengok gambar nombor 3 tu, ibu tu seakan nak sampaikan dia sedih sebab anak dia dah mati.

'Anak aku dah mati. Tolong aku.'

Kau tengok gambar nombor 2, bagaimana dia tolak anak dia. Takut takut orang langgar. Tengok pulak gambar no 1, dia cium cium anak dia, nak tengok sama ada dia hidup ke tak lagi. Kau tengok tu. *lap air mata*

Serius, gambar ni betul betul buat aku tersentap. Ini kucing. Bagaimana dengan manusia yang sanggup buang anak dia. Yang masih bertali pusat, masih merah, mata pun tak buka lagi. Dia takde rasa takut ke? Sekurangnya, rasa sedih. Itu zuriat dia. Sehina-hina anak tu pon, tetap darah daging dia.

Allahu.

*tarik nafas*

Satu hajat aku, aku nak join sangat sukarelawan yang ada buat aktiviti selamatkan kucing dan hantar ke tempat sepatutnya. Kalau ada, bagitau aku. Aku nak sangat. Hati aku lebih tenang bila aku tengok kucing. Aku lebih suka kucing jalanan yang biasa daripada yang berbulu lebat. Bagitau aku, bila ada. Kita kawtim. Okay.


Gambar ni, gambar anak-anak kesayangan aku. Jat, Yong, Boy. Tapi boy dah mati. :( Aku sedih.

Yong

Jat

Boy

p/s : Haiwan pun sayang anak.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

2 comments:

  1. Pernah sekali ibu kucing beranak depan rumah tapi dia tak pandai jaga sbb 1st time beranak.... Last2 anak dia mati. Saya tanamkan anak kucing tu. Time tu ibu kucing tu tak tau anak dia mati sbb dia pegi jalan2. Balik je anak dia dah xde sbb saya dah tanam. Merata2 dia berbunyi cari anak dia. Saya pon tak tau nak explain kat dia... huhu... sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih. :(

      tengok kan, naluri ibu tu. hmm

      Delete

Oh!Belog