04 February 2014

Counting The Days

Bismillah.

Tik tok tik tok. Counting days. Ya, i'm counting my days. Berapa hari saja lagi. Nak habis praktikal la. Apa, ingat nak kahwin je ke kena counting days? Gittew.


Walaupun lebih kurang tiga bulan saja praktikal, rasa macam alamak aii, lamanya. Bakpe lama sangat. Hey, status ka budak praktikal. Belajar tak habis lagi okay. Mana layak nak rasa macam acah-acah tengah bekerja. Kann? Itulah yang aku selalu ingatkan dalam diri aku. Mana tahu, mungkin kita terlepas laku. Manusia kan?

Dah dua bulan berlalu. Okay, banyak pengalaman aku dapat. Banyak la jugak. Kann? Bersyukur sangat sebab aku memilih praktikal instead of aku buat thesis. Alhamdulillah, kos aku boleh pilih antara thesis atau praktikal. Mungkin sebab kami dah ada Final Year Project yang kami kena buat. Sama konsep macam thesis juga, cuma tambahan ada projek multimedia.


Paling terkesan, aku dapat rasa kehidupan dunia luar. Dunia sebenar pekerjaan. Dunia makan gaji dengan orang. Dunia nak kena marah dengan bos lak. Itu salah satu sebab kenapa aku tak pilih nak praktikal kat KUIS. Saja, nak kembangkan minda, Asyik terperuk je dalam KUIS tak boleh jugak. 

Serius macam-macam aku rasa. Dari seronok ke tahap tak seronok-rasa-nak-nangis-laju-laju-sungguh. Haaa, faham tak? Yang seronok? Yang tu nanti aku story la. Simpan dulu. Simpan dulu. Benda baik mana boleh kongsi sangat. Nanti orang dengki. Hiks.

Yang tak seronok? Sama la. Taknak la bukak aib orang. Tapi aku ambik pengajaran. Mungkin dengan ini semua akan lebih mematangkan aku, kelak. Siapa tahu? Aku tahu, aku masih tahap pemikiran budak-budak. Ya rabbi, tak matang dan tak fikir panjang langsung. Cuma jangan ikut hati.

Dari cerita kat Cameron Highlands, kat office, sampailah sekarang ni, alhamdulillah, aku masih bertahan. Ada rezeki, mungkin sambung kat company sekarang. Takde rezeki, takde apa. Kita pegi tempat lain. Rezeki tu Allah bagi. Kan?

Sebenarnya motif utama post kali ni nak kabo, aku dok counting days. Mengira hari. Tak sabar nak habiskan title budak praktikal. Tak sabar nak biar orang tak pandang rendah budak praktikal. Biar orang tak fikir, kau tu budak praktikal je kot!

So, Jannah dan Naziha....



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

4 comments:

  1. bgus nk hbes prktikal daa..
    politik tmpt krja pn ada tau..
    tak trmasuk dgn rajam pekerja lagi..
    hohoo.. ape pn all the best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann? penat juga nak hadap semua ni.

      Thanks!

      Delete
  2. tu baru praktikal tu... 3 bulan pun dh rasa lama dah... hehehe... Salam kenal dr Sahabat KBBA Utara...

    ReplyDelete
  3. hahahaha. kannn? adoilaaa. ni kalau keja, menangis terus!

    salam kenal. :)

    ReplyDelete

Oh!Belog