07 February 2014

Lepaskan Seikhlasnya.

"Cemana nak lepaskan sesuatu yang betul2 kita sayang, lepaskan dengan penuh ikhlas?"

Pernah jadi macam kat atas ni? Mesti dilema kan? Aku juga pernah jadi. Pernah. Tak senang nak buat kalau setakat bercakap saja tapi tak susah mana pun sebenarnya, Trust me, once kita dah berjaya, kita mesti akan senyum lebar. Masa tu rasa nak terima kasih je kat semua.

Aku ada tanya dua tiga orang. Minta pendapat. Sama dengan pendapat aku. Kunci utama, redha. Kita kena belajar untuk redha. Boleh baca sini pasal REDHA . Aku dah pernah post dulu. Kita kena banyak pujuk hati. Pujuk hati sampai satu tahap kita rasa kita boleh teruskan berjalan tanpa pusing belakang semula.

'Redha.'

'Relakan dan redha.'

'Jangan rasa menyesal. InsyaALLAH nanti Allah akan ganti dengan yang lebih baik.'

'Masa fasa nak move on tu memang akan ada banyak godaan syaitan. Dekatkan diri kepada Allah is the best way.'

Ini antara pendapat yang aku dapat. Kalau orang tanya aku pun, I'll give them the same answers. Serius. I feel you. Pernah dengar kisah yang Nabi Muhammad saw kalau nak bagi barang Baginda, Baginda akan bagi barang yang paling Baginda sayang? Itu sedikit sebanyak akan memupuk sifat redha dan sabar dalam hati.

Aku jua pernah kehilangan benda paling aku sayang. Contoh, aku pernah kehilangan dua helai jubah yang aku baru beli, baru sekali pakai, aku beli dengan duit aku sendiri, hasil usaha aku, tetapi takdir kata, baju aku tu dah dicuri, sapa tak sedih kan?

Tapi aku duduk sorang-sorang, aku fikir, eh mungkin aku ni kurang bersedekah, jadi Allah takdirkan baju aku dicuri. Ah, takpe, kita halalkan. Semoga bila dia pakai baju tu, dia akan tutup aurat. Saham sikit untuk aku, kelak. Wallahualam.

Aku juga pernah kehilangan seseorang yang paling aku sayang, arwah abah aku. Sedih, aku tak pernah rasa perasaan bagaimana abah peluk aku, abah sayang aku, tak pernah rasa. Tapi lepas aku baca buku tulisan Ustaz Kazim, aku tersedar, sekurangnya aku dah takdak dosa dengan abah. AKu berpeluang nak jadi anak solehah yang mendoakan ibu bapanya.

Aku juga pernah kehilangan seseorang yang pernah memenangi hati aku, yang aku kira susah untuk aku beri kat sapa-sapa. Sakit bila kita sayang dia, dia tinggal kita. Sakit bila kita suka dia, tapi dia tak suka kita tapi orang lain. Tapi aku pujuk itu tandanya cinta kepada manusia ni tak kekal. Hanya cinta kepada Allah dan Rasul yang kekal. Kenapa perlu berharap pada yang tak sudi.

Hah, itu contoh kisah aku. Kisah korang, aku tak tau. Mungkin sama tapi tak serupa. Memang it'll take time. Serius, apa yang paling kita perlu sekarang bukan kata semangat sangat pun, cukup ada kawan-kawan kat sebelah dan paling penting, kita perlukan MASA dan RUANG. 

Just give some space. Time will heal. Benda positif akan muncul setelah kita diuji. Letakkan pengharapan sepenuhnya kat Dia. Dia yang pegang hati kita, ingat tu?

p/s : thanks awanis bagi idea nak update. Nah, post ini untuk hang. Semoga kuat kawan. Everything gonna be okay!

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

4 comments:

  1. Jannah, hg buat aku nangis baca post hg hat ni.
    Thanks atas kata2 ni.
    Redha. Itu kata kuncinya.
    Ya. Aku cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awan.

      Relaks. sayang. Aku juga sedang tariyah hati aku. :)

      *tetepuk bahu*

      Delete
    2. They say "Time will heal everything". But make sure you do something good to fill the time.

      Delete
    3. subhanallah. nice words. :) insyaallah!

      Delete

Oh!Belog