11 February 2014

Warna Terang - Niqab

Bismillah.

Pagi jugak aku TERajin nak menaip sesuatu. Idea tiba tiba datang. Jangan halang. Nanti kita lupa. Alhamdulillah, masih diberi ilham. *terus cucuk earphone-pasang lagu kuat-kuat* Harap takde gangguan luar aku nak menaip.

Dulu, masa subjek Seni Dalam Islam, aku pernah buat assignment yang bertajuk Pemakaian Tudung dan Abaya Moden Mengikut Perspektif Islam. Tapi kat sini, aku cuma nak berkongsi pendapat aku tentang fesyenista kini. Ya, just my humble opinion. Mungkin kali ini aku fokus kepada si niqabis.

Jujur aku kata, tak semua kuat untuk istiqamah meneruskan pemakaian purdah/niqab. Dan tak semua mampu. Aku sendiri mengaku, aku tahu aku pon tak sekuat mereka yang memakai niqab bagai ni. Aku juga punya ramai kawan dan kenalan yang berpurdah. Dan kebanyakan mereka, selalunya seakan meletakkan gap diantara kami yang tidak berpurdah. Wallahualam. Mungkin anggapan aku saja. Mungkin.


Cuma di sini, yang aku tak berapa berkenan, pemakaian pakaian yang agak menarik mata yang memandang. Tidak salah berfesyen. Fitrah, manusia inginkan kecantikan. Begitu juga aku. Allah sendiri dah cakap, Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Tapi apabila bab ni dia sampai boleh menarik setiap mata yang memandang bila dia melintasi atau lalu sesuatu kawasan, aku rasa tak berapa sedap.

Sebagai contoh, warna baju yang agak terang. Sebatu dah boleh nampak. Bagi aku, kalau kau dah bertutup semua bagai sampai nampak biji mata, kenapa mesti kau nak pakai pakaian yang terlalu menyerlah warnanya? Kalau kau nak menutup, kenapa kau sendiri yang buat kau nampak terbuka?

Just my humble opinion. Mungkin akan ada yang bangkang dan keluarkan hadis-hadis bab berpakaian. Takpe, teruskan. Aku dah baca dah. Tidak ada larangan. 

Cuma kalau boleh kita nak elak fitnah. Kan bila awak buat macam tu, akan ada fitnah lain?
Aku faham. Sebab tu kebanyakan ustaz aku di KUIS tak bagi pelajar perempuan pakai baju warna yang terang. Nak pakai, pakai baju warna gelap atau warna tanah. Mata lelaki yang memandang, lain. Kalau kau gadis biasa yang setakat pakai baju kurung dan tudung bawal atau selendang, mungkin takde masalah. Tapi bila kau lain dari yang lain, memakai sehelai kain di muka tu, orang akan pandang lain. Serius. Ini kawan aku yang berniqab sendiri cakap.
 
Jujur sekali lagi, kau yang pakai purdah ni, cantik dan berani, dalam gaya kau yang tersendiri. Cuma bagi aku, lebih cantik bila kau pakai serba hitam. Kata nak menutup? Kenapa perlu yang striking jika ada yang gelap? Kau ingat pakai serba hitam tak cantik? Kau silap. ni tak masuk lagi yang pakai niqab lima enam lapis tambah batu sikit kat niqab. Bila jalan tengah panas, amboi meqelip meqelap. Kita pulak kena tutup mata.
Itu tak masuk lagi bab pakai celak. Ye la, dah tutup muka, nampak mata saja, nak mekap guane lagi. Tak masuk lagi bab wangian. Kemain sebatu bau dah. Tak masuk lagi bab pergaulan. Cuma aku malas nak masuk. Aku belajar dulu dikelilingi dengan orang macam tu. Nak respek 100% pon aku fikir balik.
Bagi aku, yang biasa biasa itu lebih cantik. Humble dalam caranya yang tersendiri. Lebih indah. Tertutup dengan caranya sendiri. Lebih jelita. Lebih senang berkomunikasi. Lebih selesa. Cuma seorang saja budak kelas aku yang pakai niqab yang aku respek. Facebook dia langsung tidak ada kawan lelaki. Dia mesej dengan lelaki hanya bila ada keperluan yang penting. Sejak pakai purdah, dia rajin join segala aktiviti kami sekelas. Dia langsung tak meletakkan bilamana dia pakai purdah, tak boleh bergaul dengan kami. Bukan dia langsung tak bersosial dengan kaum Adam, ada, cuma dia jaga batas dia.
Aah, budak tu nama dia Zafirah. Yang hobi aku nak tarik purdah dia bila jumpa dia. :)
Dipendekkan cerita kat sini, kalau kau seorang yang pemakai kain nipis yang menutupi muka kau tu, alhamdulillah, kau sangat kuat menempuhi cabaran itu. Tapi sebaiknya, jangan la berpakaian dengan warna yang terang. Kau tak kesian ke kat aku asyik nak mengata? Jangan la jadi sumber fitnah. Hehe. Aku pun bukan sempurna. Kau pun tahu kan? 
Sekali lagi aku ulang, ini hanya pandangan aku yang sangat kerdil dan masih banyak tak tahu. Mungkin kau lebih arif dari aku kan?

p/s : perasan tak, bila orang yang lebih islamik atau yang geng geng niqabis ni, deme banyak dengan geng deme DAN suka nau shared atau update status pasai cinta semata? hehehe. *gelak tutup mulut*

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

6 comments:

  1. Setuju gak. Pasal pakai niqab pastu mekap mata smokey eyes lagi. Pastu org jatuh cinta hanya memandang mata saje. Pastu, yg part org2 alim ni post bab cinta tu akak perasan sgt. Hahaha. kdg2 doa2 yg mereka panjatkan kepada Allah, tapi post kt FB. Kelakar la wei... Nak doa, sila jgn kecoh sgt pada org dan doa senyap2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya tegur orang gitu kan, mesti kena jeling. haha.

      Delete
  2. Orang dekat negara arab tu,mcm mana dorang nak kenal isteri dorang ek? nak pulak pegi pasaraya,sume same pakai topeng je.

    ReplyDelete
  3. sangat setuju. payah nak crk niqobi yang baik dengan muslimah sendiri. banyak yang pandang kita cam jahat lak sbb x pakai mcm dia.

    menyebabkan saya terpk, diorg ni bajet suci murni kah?

    seronok bila tau awak dapat kawan niqobi yang best!

    ReplyDelete
  4. Tertarik dgn post awak. Mmg betul org berniqab ni better pakai warna hitam. Tp hitam ni warna yg biasa di negara arab. Malaysia ni berbilang kaum dan berbilang warna, jd kita biasanya dh lali tgk org pakai berwarna warni tetapi klau pkai serba hitam, itu lagi menarik perhatian. Betul niqab itu pakaian sunnah tp niqab ini juga pakaian budaya org arab. Alang pergi haji.atau bersolat kita kena tunjuk muka. Paling penting bersederhana, rsenya x salah nak pakai niqab ad colour tp jangan lah colour macam traffic light. Pkai hitam boleh tp pada mse yg sma kena juga bersederhana dlam pakaian hitam ni sbb ini bukan warna normal untuk budaya Org Malaysia.

    ReplyDelete

Oh!Belog