19 March 2014

Matang. Matured.

Bismillah.

Hari ke dua belas. Kemana MH370 menghilang? Sedihnya masih tak dapat apa-apa berita. Sama sama kita doakan mereka semua ya?

*tarik nafas panjang*

Dari semalam aku berfikir. Panjang jugakla aku fikir. Rasa naik tepu otak. Satu perkataan yang buat mulut diam sat otak pulak bekerja. Hakikatnya memang penat, tapi saja, aku suka. Hari ni rupanya dia sambung.

Matang. Aku dah dua puluh dua tahun, bakal masuk dua puluh tiga tahun, bakal ye, belum lagi masuk. Jadi, macam mana nak kategorikan matang tu ye? Benda ni subjektif. Kalau objektif tu, bolehla main pilih pilih kan?

Jadi, setelah buat beberapa kajian melalui pembacaan, pemerhatian dan aku tanya mana mana orang yang aku rasa sesuai untuk ditanya dan tak lupa melalui pengalaman aku sendiri, jadi aku buat sedikit kesimpulan. Amboi, kemain kan? Harap benda ni membantu la.

Kau matang sikit boleh? Perangai macam budak-budak.

Matang ini adalah apabila seseorang itu mampu mengaitkan kehidupannya dengan akhirat.


Itu antara definisi matang yang aku jumpa yang aku kira, tepat dan lebih sesuai. Dia macam orang tu dia bercakap selepas dia berfikir segala baik buruk. Takde main ikut emosi. Selalunya zaman muda remaja, masa tu la kemain emosi nafsu bergelora. KAHKAH. Ayat mintak kaki! K!

Matang ni boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian la. Kalau takde semua, mungkin ada sikit la. MUNGKIN.

Umur. Haaa, ni yang paling obvious la. Pemikiran orang kita, makin kau berumur, kau patut makin matang. Takkan umur 30-an pun kau masih nak buat perangai macam budak baru nak ambil SPM kan? Tapi ada je orang yang nak baru habis SPM lebih matang dari orang yang dah tua. HAHA.

Fizikal. Ini juga salah satu faktor la. Kita selalu tengok dari segi rupa dan fizikal kan? Tengok besar sikit, muka jerawat sikit, kedut sikit, tinggi sikit, bergaya lain macam sikit macam ala ala orang kerja, terus kita nampak dia matang. Sekali tanya, lahhh baru habis sekolahh.

Pemikiran. Bagi aku ini yang boleh kita kategorikan matang. Dia boleh berfikir baik buruk dosa pahala dalam sesuatu perkara yang dia buat. Sebelum buat apa-apa tindakan, dia akan berfikir terlebih dahulu. Sebelum dia bagi keputusan pon, dia akan berfikir dan menimbang tara buruk baik setiap benda tu.

Percakapan. Sebenarnya, pemikiran dan percakapan ni dia lebih kurang berkait rapat. Bila dia berfikir dahulu sebelum bercakap, dia akan keluarkan kata-kata yang lebih rasional dan tak ikut emosi. Setiap percakapan dia hasil daripada pemikiran dia.

Pengalaman. Kita mesti selalu dengar, pengalaman itu mematangkan kita kan? Ya, ini aku setuju. Kita manusia ni, belajar dari pengalaman. Setiap kesusahan yang kita dah lalui, lagi banyak akan mematangkan kita. Dan dari pengalaman ini lah yang akan buat kita berfikir sebelum bercakap. Tak gituu?

Lelaki yang tenang dan matang dalam setiap perbuatan dia ada satu aura kat diri dia.


Jadi, kita buat sedikit kesimpulan tentang orang yang matang.

Mampu berfikir dengan rasional. Apa yang dia buat, dia akan cuba relate dengan syarak. Tak melebihi dan besederhana dalam member pendapat. Tidak ikut emosi dan sentiasa tenang. Tahu dosa pahala dan baik buruk setiap sesuatu.

Berfikir dengan otak. Bukan kepala lutut. Kan lain maknanya tu?

Tak fanatik atau taksub atas keputusan sendiri. Maksudnya kat sini, dia boleh terima pendapat orang lain dengan hati terbuka even pendapat tu bertentangan dengan pendapat dia. Dia tak terlalu fanatik dengan diri sendiri. Faham?

Berupaya mengekalkan ketenangan banyak waktu. Ye la, kalau setiap waktu susah pulak. Engko bayangkan rumah jiran terbakar, takkan nak tenang dan teruskan menonton tv tanpa telefon bomba?

Bersedia memikul tanggungjawab. Tak semua orang sedia, hatta aku sendiri pon masih tak bersedia. Tapi nak tunggu sedia tu entah bila pulak, sebab tu kena belajar menerima tanggungjawab. Alaaa, tak biasa mula mula je kan? Hikss.


Selalunya, anak sulung dan yang paling atas ni yang agak sedikit matang berbanding adik adik atau anak bongsu. Sebab? Sebab kebergantungan si bongsu kepada yang lebih tua tu tinggi sikit. Dia akan matang, cuma lambat. Si yang atas tu la kena banyak ajar dan latih si adik tu. reti?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog