14 April 2014

[ QUICK UPDATE ] Banyak Sangat Rasa.

Bismillah.

Rehat sebentar.

Rasa tak berhenti buat kerja dari pagi tadi. Bagus. Dedikasi. HAHA. Sebenarnya, aku cuba nak adapt dengan suasana baru, jadi aku lambat sikit tangkap kerja yang aku kena buat. Ye la, lain bidang kan? Masih ada sikit la sama, cuma kali ni lain sikit.

Okay, tak payah fahamkan. Tak penting.

Lama juga tak jenguk sini. Aku pon dah jadi tepu. Tak tahu nak update apa sebab aku sibuk dengan kerja. Dalam kepala aku dok fikir, macam mana strategi marketing ni. Aku tak berani nak buat apa-apa sebab bukan bidang aku, pada awalnya. Sepertinya, aku kena jadikan ianya makanan aku selepas ini.

Oh, banyak nak diceritakan. Tapi rasa bukan sekarang. Masih perlukan waktu.

Cuma, aku tak pasti, sekarang, habit dan tabiat menulis aku dah menjadi jadi balik. Aku suka meluahkan rasa melalui tulisan. Tak semua orang faham, tapi aku seronok. Jadi, kalau semua tak dapat cari aku di blog, eh, macam ada orang cari kan, HAHA, kau boleh cari aku di Instagram. Hahh, kelik je sebelah kanan korang tu. 

Macam macam rasa kat aku sekarang.

Sedih.
Gembira.
Suka.
Sayang.
Marah.
Benci.
Meluat.
Insecure.
Tak selesa.

Dannnn banyak lagi. Syukur, aku masih normal. Manusia normal.

Cuma satu saja. Aku rasa tawar hati. Kenapa? Nanti la cerita. Aku nak sambung buat kerja ni. Nanti jumpa lagi.

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog