15 April 2014

Tawar Hati Part 1

Bismillah.

Awal pagi aku dah nak menulis. HAHA. Aku tak tau nak bercerita kat sapa. Tak tak, sebenarnya aku tak pandai nak bercerita kat orang. Aku rasa mereka akan menjatuhkan aku. Itu kira takde kepercayaan ke cemana?

-- Tila sorang je yang faham. Serius.

Manusia kan suka menghukum?

Bila mana kau dah selalu disakiti, selalu silap percaturan, sampai satu tahap, kau jadi tawar hati. Perasan? HAHA. Entahlah. Tak tahu sama ada hati ini ego tak mahu terima atau memang kau sendiri rasa, ahhhh crap. Aku tak boleh teruskan.

Duduk sorang-sorang berfikir. Kenapa ni Jannah? Tawar hati gila. Hatta, aku pernah suka orang tu dan aku langsung tak rasa sedih atau kecewa ke apa bila aku tengok dia bahagia dengan orang yang dia suka. Like seriously Jannah?

Pandangan mata yang kosong. Aku tak tau nak bereaksi macam mana, yang aku tau, KOSONG. Mungkin aku dah pagar hati ni. Dah kabo, jangan jangan jangan. Nanti kau sakit. Adiba pon dah pesan, berhenti sakiti hati. HAHA. Aku gelak lagi. Dem.

Masih muda. Itu yang aku fikir. Harap tidak ada sesiapa yang bertanya tentang statusku kelak. Aku takut aku terbagi penendang kat dia. Sia sia saja. Aku tak mau dan tak suka.

Tipu kalau aku kata aku tak mau bercinta, Gila. Aku manusia normal okay. Cuma bukan masa. Aku dah penat la. Penat. Ni dah sampai satu tahap, aku kata, sudahla, Aku dah penat. Tuhan, bila dah sampai masa aku, kau berilah orang yang telah kau tetapkan untuk aku. Orang yang kau pilih untuk aku. Jika bukan sekarang, kau tutup hati aku. Aku dah penat.

Hey, aku manusia biasa. Ada masa aku jatuh jua. Tertekan dengan keadaan sekeliling. So, Jannah. Enjoy la hidup ni, Teruskan dengan kehidupan yang lain. Banyak cara lagi. Kan? Chill. Chill.

-- Pujuk hati namanya ni. Reti?

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

4 comments:

Oh!Belog