24 April 2014

Peminat by Lord Zara

Bismillah.
 
Aku ada satu salinan 'Jiwa' karya Lord Zara, salah seorang blogger, penulis Terfaktab dan seorang cikgu. Aku adore dengan cara penulisan dia. Ayat-ayat dia, semua kena dengan 'jiwa' aku. Kali ini, aku nak berkongsi, tinta beliau yang aku kira, cukup untuk menerangkan kepada sesiapa yang salah faham akan aku sekarang. Hatta, diri aku sendiri.


Tapi tak salah pun kan bila seorang gadis berkawan baik dengan seorang jejaka? Malah, bila berkawan baik itu lebih seronok rasanya. Dan pendapat aku, seronok bila ada kawan baik yang memang sekepala dengan kita. Aku dah rasa.

Bacalah.

**********
 
Jadi manusia yang pernah jatuh hati dengan seseorang dalam masa yang singkat tanpa diketahui apa yang menyebabkan perkara demikian boleh terjadi, tanpa diketahui apa yang menyebabkan perkara demikian boleh terjadi, mungkin pernah dilalui oleh ramai orang. Kita tidak tahu kenapa kita boleh menyukai seseorang yang secara tiba-tiba muncul dan sama ada hati terbiar, kosong ataupun kesunyian, kita biarkan kebaikan dia menapak dalam hati, walaupun ternyata dia bukan orang yang kita cintai. Sakitnya bila mengetahui dia berpunya saat hati yang terbiar itu mula kenal rasa sayang, pastinya membunuh lebih daripada keadaan asal yang hanya kosong tanpa perasaan.

Rahsia tersimpan kukuh.

DIbiarkan sahaja, dan bila perasaan mula bernanah, kau beritahu kesakitan itu pada manusia yang kau paling percaya. Dan jadi pemerhati kau menyulam kesakitan sendiri, mengubat hati dengan ketawa sepi serta memberikan galakan pada manusia yang kau pernah sukai. Manusia yang kau sukai pila menunjukkan dengan gembira, pasangan dia pada kau, tanpa mengetahui kau sedang memendam perasaan yang tidak kesampaian pada dia. Kau cuma rasa sayang dan takut kehilangan, walaupun hakikatnya kau bukan cintakan dia. Hanya sayang tanpa cinta tapi kau tidak sanggup kehilangan manusia yang bikin kau ketawa.

Rahsia terbongkar.

Dia tahu kau simpan rasa suka pada dia. Dari gelak ketawa palsu kau yang cuba disembunyikan, dia masih mampu hidu kepincangan tarian kau di atas persahabatan yang terusik sedikit garisannya bila kay ketahui kebenaran dia sudah berpunya. Celakanya diri bila kau tahu dia sudah menyedari perasaan kau pada dia. Bahkan, dia berterus terang yang kau hanya kekal sebagai kawan baik, dan dia tahu kau simpan perasaan sayang pada dia. Dia tak menafikan, dan kau hanya ketawa kosong melepaskan perasaan sebab bila dia nyatakan, kau sudah tidak lagi terkesan. Menyukai dia hanya sebagai seorang kawan kerana kau tidak pernah terlintas mahu jadikan dia pasangan.

Ya.

Kau pernah jadi peminat dia. Meminati personaliti dia tanpa kau sedari, itu hanya minat semata dan bukan cinta. Mungkin reaksi yang kau tanggung terlampau dalam sebab kau sukar mahu tunjukkan rasa sayang pada manusia lain sekeliling kau. Dan bila kau bertemu lagi dengan dia, kau sudah mampu tenung mata dia tanpa mengalihkan pandangan seperti kali pertama kau jumpa dia. Tanpa rasa sedih, dan bukan manusia yang kau dambakan sebuah percintaan.

Bila kau berpisah sebelum kau sempat memulakan sesuatu, itu bukanlah apa yang kita panggil sebagai kecewa dalam perhubungan. Itu lebih kepada kau tidak memikirkan perasaan sendiri dan bertindak melulu dalam membuat keputusan.

Zara : Bila mata memandang dengan sinis, kami hanya tersenyum manis. Ah, kalian tidak tahu persahabatan kami ibarat magis. Nah, cemburu bakal buat kalian menangis. (Shafaza Zara, 3 Mac 2012) 

**********

Jadi, pendapat anda, bagaimana?



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog