28 April 2014

Bisa kita jadi kawan?


Hati ini diuji lagi. Saat aku sudah kuat melepaskan, dia muncul. Aku hanya mampu tersenyum saat dikhabarkan yang dia mencari aku. Entah bagaimana reaksi yang aku bisa berikan.

Dahulu.

Aku mengejar dia. Ah, persetankan ayat mengejar. Kelihatan seperti terlalu terdesak. Tapi aku lupa, masa itu mata ini dikaburi dengan nafsu semata, aku kira. Saat dia berkata, maaf, dia sudah berpunya. Maaf, harap aku tidak menganggu dia. Maaf, kita hanya boleh berkawan -- biasa.

Hati ini seakan degil. Kau boleh baca segala entri yang lalu. Sewaktu aku jatuh dengan dia. Kau ajar aku untuk kuat dan bangun. Aku ingin sekali berterima kasih sama kau. Kerana itu, hati aku lebih kental. Hampir beberapa purnama menginjak ke tahun aku pujuk hati, aku marah hati, jangan lagi diletakkan harapan dengan kau. Aku manusia. Manusia yang penuh dosa. Lebih lagi, aku perempuan. Gadis. Wanita. Sekeras mana aku menolak, menafikan, satu tahap, aku juga jatuh. 

Kini.

Aku tidak pandai memberi reaksi. Bagaimana harus aku berikan jawapan? Bisa kita jadi kawan, buat permulaan? Bisa kau memberi aku ruang waktu untuk menerima kejutan ini? Cuma, kau jangan jadikan aku persinggahan tatkala kau kesedihan. Jangan kau jadikan aku rebound relationship. Aku takut. Cukup hati aku disakiti.

Diri ini.

Entah, aku rasa kosong. Tidak mahu memberi apa-apa komitmen. Benar kata orang, jangan dicari. Bila sampai masa, dia akan datang sendiri. Dengan tidak disangka-sangka. Entah-entah depan mata kau.

-- Aku sudah sampai satu tahap, aku duduk seorang menyembah yang Satu dan berkata -- Tuhanku, pilihlah apa yang kau lihat dan tahu yang terbaik untukku.

Buat kau yang telah memperkenalkan aku dengan lagu yang menjadi kegilaan aku sekarang. Terima kasih.



Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog