29 April 2014

Pintu

 
Pintu itu ditebak lagi. Ditebak dengan kejam. Sehingga luka jadi paling dalam. Pintu itu tidak lagi mahu terbuka. Akibat perbuatan manusia celaka. Tahu permainkan saja isi di sebalik pintu itu. Tanpa berfikir akibat seterusnya,

Sakit.

Atas sakit itu, pintu itu langsung menjadi keras. Sekeras kerikil. Dicurah minyak. Dicurah air. Dicurah cecair yang bisa melembutkan jua, tetap kalah. Ah, celakanya rasa ini.

Sembuh.

Saat pintu itu mula melambatkan langkahnya. Mula menerima tetamu lain datang, pintu itu diketuk, sekali lagi. Tapi pintu itu hanya terbuka separuh. Mungkin suku. Atau separuh daripada suku. Sedikit cahaya menembus masuk. Sedikit sinar mula kelihatan.
 
Tetapi.
 
Belum sempat dibuka suku daripada separuh pintu itu, langsung tersentak. Dia lupa melihat dulu. Tetamu itu jua datang dengan teman. Selamat. Pintu itu selamat dijaga dari ditebak makin dalam. Pintu itu sudah bersedia. Pagar yang memagari pintu itu, masih kukuh. Kukuh menahan pintu dari pecah.
 
 Pintu itu masih belum ketemu pemegang kunci yang sepadan. Masih jauh. Biarkan pintu itu berehat. Jangan kau datang, merosakkannya, lagi lagi dan lagi.
 
 
Meja Pejabat. Sebelah Dinding Kuning.
29 April 2014. 

Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

2 comments:

Oh!Belog