16 September 2014

Andai Hatiku Bersuara.

Masa tulis entri ni, aku tengah dengar lagu Andai Hatiku Bersuara nyanyian Chomel. Dah lama tahu lagu ni, cuma kali ni rasa nak menulis pulak. Adalah tu yang menganggu fikiran aku sampai satu aku nak menulis ni. Sibuk sibuk pun aku gigih. *sigh*

Sambil baca entri ni, sambil tu hampa dengarlah lagu ni. Saja, buat halwa telinga. Ngee.



Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuh dugaanmu.
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.

Setiap kali kita minta kekuatan, Tuhan takkan bagi kekuatan yang terus kepada kita, tetapi Dia ajar kita dengan ujian demi ujian. Ya, setiap ujian itu akan menguatkan kita. Sungguh, once kau dah lepas tahap tu, kau akan tersenyum lega. Kau percaya kan janji Dia? Sabarlah. Hati kau sedang diuji tu.


Andainya hatiku bersuara,
pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.

Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia di sisinya,
Tidak ku mengerti tidak ku fahami.

Hati ni sering bertengkar bergaduh berlawan dengan diri aku. Sumpah, satu tahap aku penat sampai aku terduduk dan cakap, Tuhan -- aku dah penat. Kau lebih tahu apa yang terbaik buat aku. Aku redha dengan ketentuan Kau. *menangis hujung katil*

Sungguh, sakit bila kita jatuh suka dekat silap orang. Tapi hati manusia, Allah akan sentiasa uji. Tapi bila fikir kekurangan yang ada kat diri ni, buat rasa rendah diri saja. Rendah diri sungguh. Sangat rendah diri.

Seperti insan biasa,
Aku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaan ini,
Maafkanlah kasih.

Aku insan biasa. Ada masa aku boleh suka orang, ada masa aku boleh benci orang, ada masa aku boleh sayang orang, ada masa aku bangun, ada masa aku jatuh, ada masa aku kuat, ada masa aku lemah. Aku juga mahu bahagia. Cuma, aku faham, setiap orang sudah ada bahagianya, cuma belum tiba masanya. Sabarlah.


Buat kau yang buat aku rasa aku silap dan ada juga satu tahap, aku rasa tak salah pon aku TERjatuh suka kat kau, maafkan aku. Aku dah benteng dulu. Aku takkan robohkan. Kau tak perlu kenal aku macam aku kenal kau. Dan kau takkan kenal aku, lebih dari apa kau kenal sekarang. Sebab kalau kau kenal aku nanti kau akan lari lagi jauh.




Suka Tak? Suka Kan? Kan? Cer Tinggal Komen Satu. :)

No comments:

Post a Comment

Oh!Belog